Diadaptasi dari novel karya Marissa, Pak Su Ammara mengisahkan Miza lakonan Ummi Nazeera yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Wafi (Syazwan Zulkifily). Miza bahagia menjadi isteri dan suri rumah sepenuh masa walaupun isu anak sering dibangkitkan oleh ibu mertuanya.
Konflik mula terjadi apabila Wafi mahu berkahwin dengan Wardah (Mia Nasir) dan meminta persetujuan Miza untuk berpoligami. Hal ini menyebabkan Miza memberi syarat dan nekad untuk bercerai dan merahsia kandungannya dari Wafi.
Baca juga: Review Novel Pak Su Ammara
Wafi tidak mahu melepaskan Miza dan membuat pelbagai cara supaya Miza menerima Wardah sebagai madunya. Miza pula nekad keluar dari rumah Wafi dan bekerja sebagai guru tabika dan seterusnya bertemu dengan Ammara (Zaleha Iman Zainal) seorang kanak-kanak istimewa dan bapa saudaranya, Pak Su atau Firdaus (Que Haidar).
Kerana pujukan Ammara juga, Firdaus membantu Miza untuk mendapatkan penceraian secara tidak langsung hubungan Firdaus dan Miza semakin rapat. Dalam diam, Firdaus mula terjatuh hati dengan Miza.
Selepas bercerai, Wafi jadi gila talak dan semakin tidak terkawal. Kemuncaknya Wafi dapat tahu tentang kandungan Miza dan mahu menuntut sepenuhnya hak penjagaan anaknya.
Adakah Miza akan akur dengan permintaan bekas suaminya atau memperjuangkan haknya dengan bantuan Pak Su Ammara?





0 Comments