Pak Su Ammara by Marissa | Book Review

Pak Su Ammara by Marissa | Book Review

Tajuk : Pak Su Ammara
Penulis : Marissa
Helaian : 357
Penerbit : Karya Seni 
Tahun Terbitan : November 2022

SINOPSIS:
KEHIDUPAN berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun semula. Tetapi bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya.

“Eh, kalau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banyak bunyi.” - Abang Mizi

“Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza.” - Miza

Itu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat.

Tapi tak sangka pulak dirinya masih dikejar oleh Wafi.

“Kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza…” - Wafi

“Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miza.” - Miza

Akhirnya. ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Ketika Miza rasa keseorangan, muncul seseorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara… Menjadi ‘tali’ untuk dia keluar dari masalah.

“Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan.

Rasa terdesak sangat.” - Miza

“Jadi cikgu nak buat apa sekarang?” – Pak su Ammara

“Pura-pura jadi bakal ayah kembar, boleh?” - Miza

Wafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza?

Book Review Pak Su Ammara by Marissa


kisah mengenai Miza yang gigih dan cekal untuk memulakan kehidupan baru setelah berpisah dengan suaminya, Wafi. Miza memilih untuk berpisah kerana tidak mahu hidup bermadu dan setelah berpisah, Miza bekerja sebagai guru taska dan tinggal di stor atas ihsan majikannya.

banyak konflik berlaku bila Wafi tidak mahu menceraikan Miza dalam erti kata lain isteri sayang, kekasih gelap pun dia sayang. Selepas bercerai, Wafi gila talak nak rujuk balik dengan Miza.

Antara isu lain dalam novel ni bila abang Mizi dan kakak iparnya mengharapkan emak mereka yang sudah tua untuk mengasuh anak-anak mereka tanpa sebarang bayaran. Miza yang kesian dengan emaknya bertindak membawa emaknya keluar untuk mengajar abang dan kakak iparnya. pendek cakap novel ni banyak highlight tentang lelaki dayus.

Walaupun aku suka follow buku-buku penulisan Marissa tapi aku tak boleh masuk dengan novel terbaru ini. satu sebab banyak sangat watak toksik, setiap kali watak ini bertemu dengan Miza mesti isu yang sama berulang dan diungkit. Wafi tak habis-habis mahu Miza bersamanya semula, emak mertuanya pun sama, isteri wafi pun sama juga. Abang Mizi bukannya nak support adik sendiri tapi menambahkan rasa sakit hati. perkara yan sama diungkit sampai aku naik muak dan sakit kepala sebab semua watak ni sejenis yang tak faham bahasa maybe si Miza ni kena belajar bahasa siam kot baru diorang boleh faham. oklah last-last tu ada juga watak yang insaf dan kembali ke jalan benar

Pak Su Ammara pula adalah Firdaus, bapa saudara kepada salah seorang anak murid di taskanya yang dalam diam menyimpan perasaan pada Miza. Walaupun nama buku ni Pak Su Ammara tapi watak hero tak bagi impak besar sangat pada jalan cerita dan aku tak rasa chemistry dengan watak utama, everything rasa awkward bila dua watak ni bersama. Kemunculan watak Pak Su Ammara maybe nak highlight tentang tanggungjawab sebenar seorang lelaki.

overall, bukan novel romantis lebih nak highlight tentang kecekalan seorang wanita untuk membina kehidupan baru dan berani mempertahankan haknya. 

**MY RATING : 2/5**

Post a Comment

0 Comments