Ifrit mengisahkan Rashid (Fikry Ibrahim) yang pulang ke kampung halaman selepas tujuh tahun merantau dengan tujuan melawat ibunya yang sakit dan menyiasat individu yang memiliki jin hebat, Ifrit di kampungnya itu.
Baca juga: SINOPSIS DRAMA IFRIT
Dalam penyiasatan Rashid mencari pemilik Ifrit dengan bantuan Mira (Sweet Qismina), Cikgu Dan (Azman Hassan) dan Pak Hassan, akhirnya berjaya membawa kepada individu tersebut iaitu Tuan Johar yang merupakan bapa Rashid sendiri.
Rashid sangat terkejut sebab tak menyangka keluarga sendiri yang buat kerja syirik menyekutukan tuhan. Rashid cuba menyedarkan bapanya untuk kembali ke pangkal jalan tapi Tuan Johar tetap dengan pendiriannya untuk melepaskan Ifrit sebab kekuasaan dan kekayaan yang dimilikinya selama ini adalah dari bantuan Ifrit.
Pengakhiran hidup Tuhan agak menyedihkan sebab sampai kesudah tak reti nak bertaubat tetap juga nak bertuhankan Ifrit yang menyesatkan.
aku suka konsep dan jalan cerita drama ni, bila tengok drama Ifrit ni ada vibe drama Hilang dan ada Azhar Sulaiman juga dalam drama ni dengan watak yang lebih kurang sama dok buat benda khurafat.
Baca juga : Review Drama Hilang (VIU)
first half drama Ifrit menarik sebab banyak misteri yang menimbulkan persoalan sebab kita tertanya juga siapa pemilik Ifrit sebenar dan apa motif dan tujuan dia bela jin ni semua.
Tuan Johar, Mr Foo dan Zaharah berkawan baik dan masing-masing memilik jin yang berkuasa tapi konflik antara mereka berlaku bila ada pengkhianatan dan ketamakan untuk menjadi pemilik tunggal bagi ketiga-tiga jin. tapi end up semuanya mati juga.
masuk second half, drama ni makin banyak plot twist tapi jujur cakap aku dah start bosan. bagi aku drama ni patut tamat waktu Tuan Johar mati sebab kat situ punya pengajaran pun dah best.
tapi itulah banyak sangat watak dalam drama ni yang ada konflik dalaman masing-masing sampai diorang ni tak boleh terima takdir so bila si Ifrit puaka ni cucuk sikit mulalah diri tiba-tiba dipenuhi dendam yang mahu dilangsaikan.
banyak nyawa yang terkorban semuanya demi memiliki kekuasan dan kekayaan di dunia. walaupun ifrit menjanjikan bulan bintang kepada manusia yang memerlukan bantuannya tapi dah tentu lah ada harga yang perlu dibayar untuk perbuatan syirik dan kurafat ni. kesimpulannya, berdamailah dengan takdir dan percaya kepada Allah, tuhan yang maha berkuasa.






0 Comments