Generasi: Perfect 10 (Astro) | Sinopsis Drama

Generasi: Perfect 10 (Astro) | Sinopsis Drama

Generasi: Perfect 10 mengisahkan Ezrina/ Ezie (Arena Wan) seorang atlet gimnas yang mempunyai impian yang besar kecewa bila tahu kelab gimnastik sekolahnya ditutup. Dalam diam, Ezie memohon biasiswa untuk belajar di PERMAI, sebuah sekolah sukan berprestij yang berjaya melahirkan ramai atlet hebat negara.

Impian Ezie disokong arwah bapanya, Azfar (Qi Razali) namun emaknya, Nazma (Sherie Merlis) tidak menyokong minat anaknya. so Nazma mengamuk bila tahu Ezie memohon pertukaran sekolah tanpa pengetahuannya.

Demi impiannya, Ezie terpaksa menipu emaknya kononnya dia pergi sekolah lama macam biasa padahal dalam diam dia pergi ke PERMAI. Ezie juga dibantu kawan baiknya, Wong Jun Hao/ Jun (Daniel Fong) yang juga bersekolah di PERMAI sebagai atlet tinju.

Generasi: Perfect 10 (Astro) | Sinopsis Drama

Ezie bertuah sebab dapat Amal (Ellyza Azizi) sebagai roommate dia yang banyak membantu tentang kehidupan di PERMAI malangnya Ezie dibuli dengan teruk dengan gimnas dari team A.

Victoria (Arabella Ellen) seorang gimnas muda yang berada dalam pasukan kebangsaan namun terpaksa kembali semula ke PERMAI untuk berlatih dan dalam proses pemulihan kerana kecederaan yang dialaminya.

Bila Victoria tiba-tiba buat baik dengan Ezie kononnya nak protect dia dari kena buli dengan teammate yang lain, Ezie gembira sebab dapat rapat dengan Victoria plus dia pun dah lama admire Victoria.

tapi itulah si Victoria ni pun perangai sama je dengan geng dia yang lain, fake giler. curi floor routine Ezie sampai Ezie tak boleh nak perform sebab tak sangka kena tikam belakang. kesudahannya Ezie kena buang dari team A.

Generasi: Perfect 10 (Astro) | Sinopsis Drama

bagi aku, Coach Sue (Sofia Jane) sebagai ketua jurulatih agak berat sebelah sebab tidak adil dan terlalu beri perhatian pada team A dan langsung tak beri peluang untuk Team serlahkan bakat mereka.

Ezie frust giler bila kena masuk team B sebab peluang nak join team negeri agak tipis tapi Coach Farah (Sharifah Sakinah) banyak push dan naikkan pasukan team B. Secara tak langsung hubungan Ezie dengan team B makin rapat dan bekerja keras untuk mencapai impian mereka.

Adakah Ezie dapat mengalahkan Victoria dan team A seterusnya mencapai impiannya untuk berjaya terpilih sebagai atlet kebangsaan?

Generasi: Perfect 10 (Astro) | Sinopsis Drama

Siri 8 episod ini mengikuti kisah Ezie, seorang gadis yang sejak kecil meminati sukan gimnastik dan bercita-cita untuk menjadi atlet profesional. Apabila kelab gimnastik sekolahnya ditutup secara tiba-tiba, Ezie mengambil langkah berani dengan memohon ke akademi sukan paling berprestij di negeri tersebut. Penerimaannya membuka lembaran perjalanan penuh emosi dalam mengharungi persaingan sengit, perkembangan peribadi, dan berhadapan realiti pahit dalam mengejar impian.

Saksikan Generasi: Perfect 10’ bermula 19 September 2025 pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) atau strim lebih awal menerusi Astro GO dan sooka bermula jam 12 tengah malam.

Post a Comment

0 Comments