Noktah Dosa (TV3) | Review Telefilem

Noktah Dosa (TV3) | Review Telefilem

Noktah Dosa sebuah drama arahan Fattah Amin mengisahkan Kamelia yang bekerja sebagai perempuan malam atau escort giri kelas atasan. Suatu hari, Kamelia bertemu Hafiz (Nafiz Muaz sebagai pelanggannya namun bila Kamelia tahu tujuan sebenar Hafiz adalah untuk menemuramah dirinya terus dia melaporkan hal tersebut kepada Madam (Jasmin Hamid).

Hafiz seorang pelajar pascasiswazah jurusan sosiologi yang sedang menjalankan kajian tentang dunia escort girl. Selepas dapat warning daripada Madam, Hafiz terpaksa sejumlah wang yang besar untuk membolehkan dia menemuramah escort girl yang bekerja di bawah Madam dan Hafiz tetap memilih Kamelia walaupun Madam menawarkan wanita lain.

Noktah Dosa (TV3) | Review Telefilem

Bukan senang Hafiz nak menjalankan kajiannya lagi pula Kamelia tak nak beri kerjasama dalam temuramah tersebut.

Namun kemudiannya Kamelia berubah fikiran apabila Hafiz berjanji untuk mencari anaknya yang dibawa lari bekas suaminya dan Hafiz juga cuba membantu Kamelia keluar dari cengkaman Madam dan kembali ke pangkal jalan.

Dipendekkan cerita, Kamelia dahulunya seorang suri rumah yang naif tapi semuanya berubah apabila dia diceraikan suaminya dan terjumpa Madam. Dek terhutang budi pada Madam, Kamelia terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dan terjebak dengan dunia pelacuran kelas atasan.

Noktah Dosa (TV3) | Review Telefilem

Jalan ceritanya agak menarik dan straightfoward cumanya aku tak tahu apa ending citer ni, ada plot twist ke tidak ye sebab aku dah ngantuk time tu..haha tapi overall nice story untuk ditonton.

Post a Comment

0 Comments