Title : The Prisoner Of Beauty
Director: Deng Ke, Gao Cong Kai
Screenwriter: Nan Zhen
Network : WeTV, Netflix
Release Date : 13 May 2025
Episodes : 36
Duration : 45 minutes
Cast : Song Zu Er, Liu Yu Ning, Xuan Lu, Liu Duan Duan, Wang Cheng Si, Li Xue Qin, Wu Hao Chen, Liu Yi Hong, Chu Zi Jun, Wei Zi Xin
Xiao Qiao, a clever girl from the Qiao family, marries Wei Shao, the sharp and kind master of the Wei family, as part of a family alliance. With bad blood between their clans, the two start off wary of each other, constantly testing boundaries in both funny and tense ways. Over time, they begin to appreciate each other's quirks and talents. Through ups and downs, they learn to work as a team, tackling family drama and bigger issues to bring some peace to their world. It’s a story of partnership built through trial, error, and a bit of chaos.
Xiao Qiao (Song Zu Er) dan Wei Shao (Liu Yu Ning) berkahwin atas dasar politik untuk mengeratkan dan membaik pulih hubungan puak Wei dan Qiao yang telah lama bermusuhan.
Wei Shao sebagai general muda dan pemimpin puak Wei pada mulanya tak bersetuju dengan cadangan tersebut sebab dia menyaksikan diri ayah, datuk dan abangnya dibunuh oleh musuh dan berdendam dengan puak Xiao yang mengkhianati pakatan mereka dan tidak menghulurkan bantuan di saat mereka diserang musuh.
Makanya Wei Shao mahu menawan negara lain melalui peperangan dan menguatkan lagi puak Wei selain misi membalas dendam menghapuskan musuh yang menghancurkan keluarga mereka.
Xiao Qiao berdepan cabaran besar nak merealisasikan impian nenek Wei Shao dan datuknya yang mahu melihat puak Wei dan Xiao berdamai melalui perkahwinan tersebut.
Awal lagi Wei Shao dah reject dan halau Xiao Qiao tapi bila tengok kebijaksanaan Xiao Qiao membantunya dalam hal politik dan mengutamakan nasib rakyat jelata yang hidup susah so slowly dia boleh terima dan percaya dengan Xiao Qiao.
Xiao Qiao dalam diam mula jatuh cinta dengan suami sendiri bila Wei Shao mempertahankan dirinya dari keluarga Wei yang tak habis mahu menjatuhkan dia.
apa yang suka dengan drama ni adalah lakonan main lead dia memang best terutama dari heroinnya walaupun ni first time aku tengok heroin ni berlakon, chemistry pun best dan comel.
main plot dia menarik tapi bila start masuk episod 10, progress jalan ceritanya tersangatlah slow dan meleret. tak habis dengan isu empangan pastu itu belum lagi watak jahat bersilih ganti datang membuat onar sebab tak senang duduk tengok puak Wei dan Xiao bersatu.
maybe mood drama aku pun banyak turun naik sekarang ni so bila tengok sampai episod 20 tak banyak progress terus bosan dan stop tengok. dia punya romance pun kemain slow progress. aku tak tau kenapa penulis dia buat watak hero noob sangat pasal cinta, sekali dua ok la nampak kelakar dan comel je tapi bila berkali-kali isteri bagi hint nak ajak dating dan bercinta pun kau tak boleh nak pickup dan clueless habis, sis penatlah wei dengan mamat ni.
0 Comments