Tajuk : Tautan Dua Hati
Penulis : Elly Anaylie
Mukasurat : 447
Penerbit : Aruz Publication
Terbitan : 2024
Tautan Dua Hati mengisahkan Luth dan Naila bercinta sudah lama pastu bertunang dan bila makin dekat dengan hari perkahwinan mereka tup tup Naila minta putus tanpa Luth tahu alasan yang sebenar. Tiga tahun kemudian, mereka bertemu semula dan kali ni Luth nekad untuk memperisterikan Naila.
Masalah dalam hubungan mereka ni sebenarnya berpunca dari kurang komunikasi dan juga kewujudan penyondol tapi betul ke Luth curang atau perempuan tu syok sendiri?
penat juga dengan Naila sebab bila ada problem, diam je tak nak beritahu hal sebenar pastu lari. Luth pula terlalu baik dengan orang lain melebihkan perempuan lain tanpa menyedari dia dah melukai hati Naila. penat juga tau dengan si Luth sebab dia clueless betul dan tak sedar yang Qaira dah lama syok kat dia dan cuba mengambil kesempatan.
walaupun kesian dengan Naila dan geram dengan Luth tapi best jalan ceritanya. overall sangat menghiburkan untuk bacaan santai.
**RATING : ⭐⭐⭐⭐ /5**
“I nak putuskan pertunangan kita” - Nailaa SofeaTanpa diketahui punca. Itu yang diungkap oleh Nailaa sebaik Luke tiba di Malaysia. Sungguh, buat Luke keliru. 3 tahun lamanya, mereka dipertemukan kembali. Nailaa seakan tersedar! Hatinya berbolak balik. Betulkah keputusannya dulu melepaskan Luke adalah keputusan yang tepat? Luke pula berpura-pura tidak mengenali Nailaa. Namun, dalam diam Luke nekad untuk mengikat Nailaa kembali sebagai isteri dan membuktikan kepada Nailaa bahawa hanya gadis itu pilihannya.“Marry me, Nailaa. Marry me so I can prove you’re wrongly accusing me. Please? - Luke HayyanBagi Nailaa pula, jauh disudut hatinya, dia juga masih menyayangi Luke. Takdir sekali lagi menyatukan mereka. Namun, dalam menikmati bahagia yang baru tercipta, ada pula dugaan yang menanti.Qaira! Siapa Qaira di dalam hati Luke?Tuntutan kerjaya Luke sebagai Juruterbang, membuatkan masanya untuk Nailaa terbatas. Tambahan, dengan kemunculan Qaira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Luke, melukakan hati Nailaa.“He loves me, that’s why he needs me.” - QairaDan Luke pula, tanpa sedar telah menambahkan lagi luka di hati Nailaa dengan tindakannya yang melebihkan Qaira. Sedarkah Luke dengan perubahan sikap Isterinya itu?Tanpa dapat ditahan, Nailaa membongkarkan rahsia kenapa dirinya memutuskan pertunangan mereka dahulu. Adakah hati mereka bakal bertaut kembali? Adakah Luke sedar dalam diam tindakannya menyantuni Qaira membuatkan Nailaa terluka?
0 Comments