Turkish Drama: Yaban Cicekleri (2024)

Turkish Drama: Yaban Cicekleri (2024)

Bosan melayan drama china, sis terjumpa sebuah drama turki terbaru di youtube bertajuk Yaban Çiçekleri (Wild Flower) sebuah kisah cinta dan kekeluargaan yang penuh konflik mengandingkan Akin Akinozu dan Aslihan Malbora memulakan tayangan pada 25 Mac 2024. 

Turkish Drama: Yaban Cicekleri (2024)

Sinopsis Drama Yaban Çiçekleri

Mengisahkan Kilic Tuntucu dan Ela Ataman yang berkawan baik sejak kecil kerana hubungan rapat keluarga mereka dan dalam diam mereka bercinta. Namun hubungan mereka putus setelah Ela berhijrah ke Istanbul dan bekerja sebagai penguam.

Manakala Kilic merancang membangunkan ekonomi setempat dan bekerjasama dengan Kenan yang merupakan kawan baiknya dan juga abang kepada Ela. Mereka berjaya mendapatkan pelaburan namun ayah Kenan, Fevzi tidak bersetuju menyerahkan tanah miliknya untuk projek mereka berdua.

Konflik berlaku apabila rahsia gelap Fevzi diketahui oleh isterinya, Nurten. Hal ini menyebabkan Nurten dan Fevzi bergaduh dan berakhir dengan tragedi apabila Nurten menembak Fevzi. Hal ini mengejutkan kedua buah keluarga kerana Nurten dan Fevzi sebelum ini dilihat sebagai pasangan romantis dan bahagia. Pihak polis cuba menyelidik motif pembunuhan tapi Nurten memilih untuk berdiam diri.

Kilic terpaksa ke Instabul untuk membawa Ela pulang ke Ayvalic setelah lama tidak bertemu. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Ela dan Kilic untuk merungkai rahsia keluarga mereka. Adakah cinta antara mereka akan berputik semula?

Turkish Drama: Yaban Cicekleri (2024)

Barisan Pelakon dan Watak

Yaban Cicekleri mengandingkan bintang popular Akin Akinozu memegang watak sebagai Kilic Tuntucu dan Aslihan Malbora sebagai Ela Ataman.

Dibantu oleh;
  • Halil Babur sebagai Kenan Ataman
  • Busra Pekin sebagai Berna Ataman
  • Bige Onal sebagai Behice Basgil
  • Serhat Teoman sebagai Gokhan Kuloglu
  • Tilbe Saran sebagai Nurten Ataman
  • Arif Peskin sebagai Ihsan
  • Muhammet Uzuner sebagai Osman Fevzi Ataman

Turkish Drama: Yaban Cicekleri (2024)

Review Episod Pertama Yaban Çiçekleri

Plot Yaban Cicekleri agak menarik dengan episod pertama membangkitkan pelbagai persoalan untuk menarik perhatian penonton. Dari sudut pandangan Ela, dia mengambarkan keluarganya sebuah keluarga bahagia tapi kita boleh nampak banyak rahsia keluarga Ataman dengan ayahnya mempunyai rahsia gelap yang membawa kepada konflik besar dalam keluarga mereka. selain itu isteri Kenan juga seperti mempunya motif tersendiri masuk dalam keluarga Ataman.

benda lagi menarik perhatian aku apa yang sebenar yang berlaku antara Ela dan Kilic yang menjadi punca perpisahan mereka sehingga masing-masing membawa haluan sendiri.

tapi masalah utamanya bila watak utama tak dibangunkan dengan baik dan sedikit sebanyak aku agak terganggu untuk terus menonton. aku pun tak tahu kenapa kebanyakkan watak ada masalah komunikasi dan panas baran. 

waktu Kilic nak bawa Ela balik kampung, boleh je terus cakap bapa dia meninggal tapi ini tak terus diam pastu nak paksa orang tu balik. padahal benda boleh bincang tapi nak juga gaduh, mahu satu isu jadi meleret-leret sebab nak ikut kepala angin masing-masing. aku pun jadi baran juga terus malas nak tengok.

Turkish Drama: Yaban Cicekleri (2024)

Drama Yaban Cicekleri mampu bertahan sehingga episod 3 sebelum dibatalkan tayangan oleh stesen tv kerana rating yang rendah dan kurang mendapat sambutan penonton drama tempatan.

Post a Comment

2 Comments