Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024) | Review Movie

Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024) | Review Movie

Trinil: Kembalikan Tubuhku

Director : Hanung Bramantyo
Screenwriter : Haqi Achmad, Hanung Bramantyo
Network : Netflix
Release Date : 4 January 2024
Duration : 1 hour 45 minutes
Genre : Horror
Cast : Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers, Elly D. Luthan

Couple Rara and Sutan who are ready to start a new life after their honeymoon. Rara inherited a large tea plantation in Central Java belonging to William Saunder, her father, a Dutch man who really loved Indonesia.

Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024) | Review Movie

Sinopsis Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku

Mengisahkan Rara (Carmela van der Kruk) dan Sutan (Rangga Nattra) pasangan suami isteri yang pulang dari berbulan madu. Rara kembali menguruskan ladang teh milik almarhum bapanya tapi faktor cuaca yang tidak menentu mempengaruhi kualiti daun teh menyebabkan perniagaannya agak merosot.

Sutan pula tidak selesa kembali ke rumah besar tersebut, pada malam pertama teruk Rara kena kacau dan ditindih waktu tidur sampai Sutan terpaksa panggil pembantu rumah mereka, Pak Joko untuk tolong tenangkan keadaan. tapi masalahnya bila Rara terjaga, dia tidak percaya dengan gangguan yang melanda dan memarahi Pak Joko yang masuk ke biliknya.

Keadaan ini berlanjutan pada malam seterusnya dan Sutan tidak tahan dengan situasi tersebut meminta bantuan daripada Yusof (Fattah Amin), kenalannya waktu sekolah di Pulau Pinang yang kini menjadi dukun terkenal di situ.

Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024) | Review Movie

Rara pada mulanya tidak selesa dengan kehadiran Yusuf tapi bila Sutan kena demam panas gara-gara hantu penanggal tiba-tiba munculkan diri terpaksalah Rara minta bantuan Yusuf untuk menghalau hantu tersebut.

tapi masalah Yusuf bukan menghalau tapi dia seru hantu ni untuk tahu asal usul kejadiannya ditambah pula Rara tidak mahu bekerjasama dan banyak kes pekerja ladang mati secara misteri, Yusuf membuat keputusan menyiasat tentang misteri yang menyelubungi keluarga Rara bagi menghentikan gangguan hantu kepala terbang tersebut.

Dari situ Yusuf dapat tahu rahsia Rara dan Sutan, dan bagaimana hantu penanggal muncul dan asyik tuntut dari Rara 'Trinil: Kembalikan Tubuhku'. Adakah Yusof dapat menyelesaikan misteri kisah hantu penanggal dan siapa Trinil?

Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024) | Review Movie

Review Filem Trinil

aku tak pernah tengok cerita hantu penanggal sebab bagi aku hantu ni seram wei tapi nak tengok juga filem ni sebab ada Fattah Amin. Filem Trinil berlatarkan tahun 70 so boleh faham kenapa gaya Fattah Amin bercakap macam filem P Ramlee tapi itulah rasa kelakar dan pelik bila ada beberapa perkataan yang aku rasa agak moden dengan rambut keras kejung dia lagi..

kisah dia agak seram juga tapi sebab hantu dia pun banyak guna cgi so feeling seram tu tak sampai sangat tapi wei aku rasa kelakar pula dengan watak Sutan, kenapa gaya dia gelabah nampak hantu tu kelakar, berdekah aku tengok cerita ni sebab si Sutan ni macam lawak pula padahal benda tak kelakar pun.

dari segi plot dan jalan cerita agak menarik, paling suka plot twist Trinil sebab unexpected betul dan semuanya bermula disebabkan ketamakan manusia yang membawa kepada konflik keluarga. aku tak expect watak yang nampak innocent tu sebenarnya menyimpan rahsia besar. tapi paling tak puas hati watak Fattah Amin dimatikan begitu je. tapi overall best juga sebab kat hujung-hujung cerita penuh dengan kejutan yang tak dijangka.

MY RATING: 7.9/10 ⭐

Baca juga:

Post a Comment

5 Comments

  1. Dah add to my list cuma belum sempat nonton aje..

    ReplyDelete
  2. Dah tengok dah cite ni smlm...Kejam..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam kesian pun ada juga tapi tak tahu nak kesian kat sapa..haha

      Delete