Ayda Jebat Juarai Cabaran The Hardest Singer Show Minggu Pertama

Ayda Jebat Juarai Cabaran The Hardest Singer Show Minggu Pertama

The Hardest Singing Showmerupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.

Minggu pertama The Hardest Singing Show dibuka dengan kekuatan dan kreativiti masing-masing yang bertemakan Up Your Sleeves!, menunjukkan sisi setiap peserta yang unik dengan lagu-lagu mereka yang popular.

Ayda Jebat Juarai Cabaran The Hardest Singer Show Minggu Pertama

Buat cabaran pertama, Ayda Jebat berjaya dinobatkan sebagai juara minggu pertama dengan keseluruhan markah sebanyak 95.24%, diikuti oleh Aepul Roza (90.34%) dan Aisha Retno (84.17%). Manakala Stacy pula memenangi The Hardest Singing Show Alha Alfa.

Minggu ini juga menyaksikan tiada penyingkiran bagi semua peserta yang perlu menunjukkan persembahan baharu pada minggu hadapan dengan pengenalan tema Minggu 2 iaitu Revolu-sihat, menekankan elemen sukan dan senaman di dalam persembahan.

The Hardest Singer Show Minggu Pertama

Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Idonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

The Hardest Singer Show Minggu Pertama

Saksikan episod baharu The Hardest Singer Show pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Post a Comment

0 Comments