Syurga Yang Tersia (TV3) | Sinopsis Telefilem

Syurga Yang Tersia (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Syurga Yang Tersia
Produksi : Anomali Media
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Shaza Taib
Siaran : TV3
Tayangan : 11 April 2024
Masa : Khamis | 11.30 Pagi
Pelakon : Niezam Zaidi, Trisha Ooi, Iman Suhana, Khatijah Tan, Izzy Reef, Riena Amirah, Rafique Iskandar, Lienda Halim

Syurga Yang Tersia (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Syurga Yang Tersia

Mengisahkan perkahwinan Arman (Niezam Zaidi) dan Zahira (Trisha Ooi) yang bahagia namun segalanya berubah apabila Arman yang mencari rezeki buat keluarga hilang sumber pendapatan.

Arman diberhentikan kerja oleh syarikatnya kerana kegawatan ekonomi yang berlaku. Arman berusaha untuk mencari kerja lain namun masih belum berhasil. 

Hal ini menyebabkan Zahira rasa tertekan kerana perlu menanggung segala perbelanjaan keluarga mereka. Zahira mula membentak dan tidak menghormati Arman sebagai suaminya.

Saksikan telefilem Syurga Yang Tersia lakonan Niezam Zaidi dan Trisha Ooi pada hari raya kedua, jam 11.30 pagi di TV3.

Post a Comment

0 Comments