Rumah Masa Depan (2023) | Review Movie

Rumah Masa Depan (2023) | Review Movie

Title : Rumah Masa Depan
Director : Danial Rifki
Screenwriter : Danial Rifki, Ali Shahab
Network : Netflix
Release Date : 7 December 2023
Duration : 1 hour 49 minutes
Cast : Fedil Nuril, Laura Basuki, Widyawati, Ciara Nadine Brosnan, Bima Azriel, Aurel Valen, Maisha Kanna, Zayyan Sakha

SYNOPSIS:
This time Sukri and Surti had to return to Cibeureum because Sukri's father died. However, after the funeral, Sukri's family could not immediately return to Jakarta, because his mother was involved in a criminal case. Meanwhile, their two children, Bayu and Gerhana, are starting to feel comfortable because they have met extraordinary new friends, Cempaka and Sangaji, go on an adventure to help solve the family's problems in an unexpected way. The sense of family is tested in the face of challenging situations.

Rumah Masa Depan (2023) | Review Movie

Rumah Masa Depan mengisahkan Sukri (Fedil Nuril) dan Surti (Laura Basuki) yang mahu bercuti bersama anak-anak terpaksa menukar rancangan pulang ke kampung di Cibeureum kerana bapa Sukri meninggal dunia.

Sukri pun tidak merancang tinggal di kampung lebih lama sebab ibunya, Bu Musa (Widyawati) tidak menyukai Surti sejak dari awal mereka berkahwin. Malangnya, Sukri terpaksa memujuk keluarganya tinggal lebih lama di kampung kerana Bu Musa dituduh telah memukul ketua kampung sehingga koma.

keluarga ketua kampung tetap tegas menyatakaan Bu Musa bersalah tapi disebabkan tiada bukti kukuh, mereka dapat menjamin Bu Musa pulang ke rumah dan terpaksa tunggu ketua kampung sedar untuk mengetahui pesalah sebenar.

Rumah Masa Depan (2023) | Review Movie

Dalam masa yang sama, Sukri sibuk mencari jalan penyelesaian bagi restorannnya di Jakarta yang diambang muflis. Manakala Surti pula seorang chef dan youtuber menggunakan kepakarannya untuk membantu peniaga wanita di market memperbaiki mutu masakan mereka.

Bayu (Bima Azriel), anak yang sulung suka menghabiskan masa dengan online game tidak betah tinggal di kampung sebab neneknya yang garang dan langsung tak mesra dengannya sejak kecil. tapi pendirian Bayu berubah apabila dia berkawan baik dengan Cempaka (Maisha Kanna) dan Sangaji (Zayyan Sakha).

Cuma Gerhana (Ciara Nadine Brosnan) yang gembira dapat tinggal di kampung sebab dia tak pernah balik rumah neneknya. Ditambah pula personaliti Gerhana yang ceria dan positif so Gerhana tak mengambil masa yang lama untuk buat Bu Musa jatuh hati dengannya.

Rumah Masa Depan (2023) | Review Movie

jalan ceritanya filem Rumah Masa Depan lebih fokus pada konflik Bu Musa dengan Surti yang menjadi punca keretakan keluarga mereka. Bu Musa dari awal lagi tak suka Surti sebab datuk Surti dulu pernah merampas tanah bendang milik keluarganya. Surti cuba mengambil hati ibu mertuanya tapi itulah keras sangat hati Bu Musa ni. 

perangai Bu Musa ni annoying juga tapi realitinya banyak juga orang tua perangai macam ni sebab aku pernah jumpa kecil-kecil dulu. padahal benda yang berlaku tu bukannya berpunca dari Surti tapi datuknya. kesian Surti jadi mangsa kemarahan Bu Musa.

kalau Bu Musa tak suka dengan Surti tu boleh faham lagi tapi ini dengan cucu sendiri pun buat perangai tak mesra juga dah kenapa. so macam tak hairan kalau Sukri juga jarang untuk pulang ke kampung sebab tak nak isterinya dan anak-anaknya terluka.

Rumah Masa Depan (2023) | Review Movie

filem ni banyak menyentuh tentang isu kekeluargaan dan plot dia lebih ringan dan straightfoward, banyak mesej dan nilai pengajaran yang cuba disampaikan. ada part yang sedih tapi ada scene yang aku berdekah gelak macam scene Netty kena kejar dengan penjahat. penjahat dalam cerita ni pun hurrm kureng cerdik.

overall. Rumah Masa Depan sebuah filem yang menarik untuk tontonan santai bersama keluarga.

Post a Comment

0 Comments