Royal Blood (2023) | Review Drama

Royal Blood (2023) | Review Drama

Title : Royal Blood
Director : Dominic Zapata, Aloy Adlawan
Network : Netflix
Release Date : 19 June 2023
Episodes : 35
Duration : 60 minutes
Genre : Mystery, Family
Cast : Dingdong Dantes, Megan Young, Mikael Daez, Rhian Ramos, Dion Ignacio, Lianne Valentin, Rabiya Mateo, Tirso Cruz III, Ces Quesada, Benjie Paras, Arthur Solinap, Sienna Stevens

SYNOPSIS:
Napoy, an illegitimate son of a business tycoon and a loving single father, struggles to make ends meet as a motorcycle rider for himself and his daughter Lizzie. 

The chaos begins when his estranged father, Gustavo Royales, suddenly appears and tries to make amends with him. Even though he doesn't want to, Napoy agrees to live with his father's rich family, where he will meet his half-siblings Kristoff, Margaret and Beatrice. Everything becomes complicated for Napoy when he becomes the primary suspect in his father's death.

Royal Blood (2023) | Review Drama

Royal Blood mengisahkan Napoy (Dingdong Dantes) seorang bapa tunggal yang menyara kehidupan anaknya, Lizzie (Sienna Stevens) dengan bekerja sebagai rider.

Napoy terdesak memerlukan duit apabila anaknya jatuh sakit dan perlu menjalani pembedahan segera. dalam masa yang sama emak mertuanya mahu menuntut hak penjagaan Lizzie dan mendakwa Napoy tidak layak menjaga cucunya.

Suatu hari muncul seorang lelaki bernama Gustavo Royales (Tirso Cruz III) yang mengaku sebagai bapanya. Gustavo seorang billionare mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengan ibu Napoy dan tidak tahu yang ibu Napoy mengandung semasa mereka berpisah.

Napoy pula sukar nak percaya dengan dakwaan Gustavo sebab dia pelik kenapa selepas 30 tahun baru Gustavo ni nak mencari dirinya kenapa bukan dari awal plus dia dah bahagia dengan kehidupannya sekarang. Selepas pengesahan dna. Napoy bersetuju untuk jadi sebahagian daripada keluarga Royales.

Royal Blood (2023) | Review Drama

klise sangatlah konflik keluarga jutawan ni, berebut harta, berebut jawatan syarikat.  Kristoff (Mikael Daez), Margaret (Rhian Ramos) dan Beatrice (Lianne Valentin) tak boleh terima bila bapa mereka tiba-tiba memperkenalkan Napoy sebagai abang mereka. 

Masing-masing bersaing hebat nak mewarisi harta Gustavo dan rasa insecure dengan kehadiran Napoy. plus Gustavo pula nampak layan Napoy dengan baik dan siap bagi modal kat Napoy buka syarikat sendiri.

Konflik semakin menarik apabila Gustavo mati dibunuh dan anak-anaknya antara suspek yang kemungkinan besar merancang pembunuhan Gustavo.

Royal Blood (2023) | Review Drama

dari sinopsis aku tertarik nak tengok drama Royal Blood, curious juga motif sebenar Gustavo tiba-tiba muncul dan bawa Napoy masuk dalam keluarganya. paling curious siapa dalang di sebalik pembunuhan Gustavo.

boleh dikatakan Gustavo punca segala masalah yang berlaku, kejam tu satu hal pastu jenis kaki putar alam juga pacik ni pun. 10 yang dia cakap 1 pun belum tentu betul, depan anak-anak dia cakap lain, depan Napoy dia bawa cerita lain pula.

Napoy dari awal lagi tak minat nak mewarisi harta bapanya yang berjuta tu. tapi Gustavo cuba yakinkan yang Napoy layak menjadi pewarisnya. pastu bila kena serbu dengan anak-anak boleh pula dia cakap takkan dia nak bagi syarikat dia pada orang macam Napoy yang takde pengalaman.  aishh pening aku dengan pacik ni!

Royal Blood (2023) | Review Drama

tengok tak sampai 5 episod pastu terus aku jump tengok episod akhir. penat dengan pacing yang sangat slow dan watak terlebih drama dalam cerita ni. watak semua jenis sepesen jahat dan tak habis cemburu. teruk juga cara Gustavo besarkan anak-anak dia. 

pastu cerita ni jimat kos betul sebab shooting mostly kat kediaman Royales. sepanjang episod  yang aku tengok anak dia yang tiga orang ni santai habis, takde pun scene kerja dalam ofis memang orang kaya jenis goyang kaki kat rumah pastu memanjang sembang nak berebut harta tapi kerja habuk pun tak nampak.

drama ni banyak plot twist, kat episod akhir pun kemain plot twist dia. kesian juga dengan Napoy sebab terjebak dengan keluarga macam ni sebab huru hara habis keluarga Royales ni sampai last sekali dia terpaksa mengambil alih syarikat dan semua harta sebab adik-adik dia end up ada yang sakit, ada yang gila dan ada yang masuk penjara.

Post a Comment

0 Comments