Panggonan Wingit (2023) | Review Movie

Panggonan Wingit (2023) | Review Movie

Title : Panggonan Wingit (The Haunted Hotel)
Director : Guntur Soeharjanto
Screenwriter : Riheam Junianti
Network : Netflix
Release Date : 30 November 2023
Duration : 1 hour 50 minutes
Genre : Horror
Cast : Luna Maya, Christian Sugiono, Bianca Hello, Egy Fedly, Firstriana Aldila, Rafael Adwel,  Budi Ros, Oce Permatasari, Hami Diah

SYNOPSIS:
Raina and her sister moved to the city of Semarang to manage a hotel inherited from their father. Their grandmother, who had been managing the hotel, forbade them from going to the third floor. But for some reason, Raina went to that floor and found an unnumbered room. He opened the room and saw a mysterious woman. Since then, strange incidents began to occur and Raina's life was threatened.

Panggonan Wingit (2023) | Review Movie

Mengisahkan Rania (Luna Maya) dan adiknya, Fey (Bianca Hello) yang berpindah ke Semarang untuk menguruskan hotel milik arwah bapanya, Djanuar selepas rumah mereka dilelong.

Hotel Ambar Anggun diuruskan oleh datuk dan neneknya. Rania dan adiknya sendiri tidak pernah datang ke hotel tersebut. Nenek dia ada bagi amaran jangan naik tingkat 3 sebab ditutup untuk proses renovation.

Baru hari pertama di situ, Rania terjumpa semula dengan bekas kekasihnya, Ardo (Christian Sugiono) seorang wartawan yang sedang menyiasat kes pembunuhan kejam yang berlaku di Semarang. pastu Rania dapat tahu mangsa tersebut merupakan pekerja di hotel miliknya.

Panggonan Wingit (2023) | Review Movie

Suatu malam, Rania ternampak lampu dalam sebuah bilik di tingkat 3 menyala dan terdengar suara perempuan menangis. bila naik periksa bilik tersebut, Rania ternampak seorang perempuan berambut putih dan berkulit putih cakap Tiga Hari, Tengah Malam.

keesokan harinya teruk Rania kena kacau. Rania desak neneknya beritahu cerita sebenar. Dari situ Rania dan Ardo tahu yang hotel tersebut berhantu dan hantu tersebut tak mahu keluar walaupun mereka pernah panggil tok bomoh Ki Danang untuk halau tapi tak berjaya.

Pekerja hotel yang mati itu juga dah langgar pantang larang pergi naik tingkat 3 dan mati tiga hari kemudian tepat waktu tengah malam dengan kulit disiat. 

Malangnya bukan sahaja Rania tapi Fey juga dah ternaik masuk dalam bilik tersebut turut kena kacau. Rania perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mengelak dia dan adiknya menjadi mangsa seterusnya.

Panggonan Wingit (2023) | Review Movie

Rania dan Ardo pergi berjumpa Ki Danang tapi Ki Danang pun cakap tak boleh nak halau sebab hantu tu tak nak tinggalkan tempat tersebut. Ki Danang suruh mereka cari nama hantu tersebut supaya dia boleh berkomunikasi dan berurusan dengan hantu tersebut.

cerita ni  macam main tressure hunt juga, mula-mula Rania dan Ardo kena siasat asal usul untuk tahu nama hantu tersebut iaitu Menoer. mereka dapat tahu Menoer selalu dibuli dan dilayan teruk oleh masyarakat disebabkan albino pastu Menoer rasa disayangi apabila bertemu dengan bapa Rania iaitu Baskara atau Djanuar.

ingatkan kes selesai tapi tak juga, tok bomoh mati pun hantu melati masih lagi ketegaq so mereka kena cari apa yang terjadi antara Menoer dan Baskara supaya hantu Menour ni dapat maafkan Baskara.

pastu yang paling sadis punyalah Rania dan Ardo gigih panjat gunung seberang tasik sebab nak tahu nama hantu ni rupanya klu bawah katil je wei. stress aku!

Panggonan Wingit (2023) | Review Movie

dari segi elemen seram dan muzik latar agak bagus. actually banyak juga plot twist yang menarik termasuk ending dia. walaupun banyak misteri tapi sebenarnya jalan ceritanya simple je tapi itulah hantu pun banyak songeh semuanya kerana dendam membawa sampai bunuh diri sebab kecewa dengan cinta.

bagi aku filem tak seram sangat cuma scene yang seram tu bila mangsa mati dibunuh dengan kulit disiat, agak ngeri dan gore di situ. paling sadis aku rasa ending dia la, kemain susah payah mereka selesaikan semua puzzle tetap juga hantu ni nak ambil nyawa lagi dan tetap juga menghantui hotel tersebut. kalau nak tahu siapa yang mati last sekali korang tengoklah sendiri.

Post a Comment

2 Comments

  1. oo..ada di netflix...genre seram ni seronok jg layan sekali-sekala...

    ReplyDelete
  2. baru selesai nonton. kejamnya punya hantu! Berdendam sampai ke hujung nyawa.

    ReplyDelete