Lukisan Hati Umar (TV3) | Sinopsis Telefilem

Lukisan Hati Umar

Telefilem : Lukisan Hati Umar
Produksi : Zamriez Golden Pictures
Pengarah : Pali Yahya
Siaran : TV3
Tayangan : 7 April 2024
Masa : Ahad | 10.00 Malam
Pelakon : Dzul Hadziq, Syazwan Zulkifly, Nad Zainal, Izzue Islam, Kodi Rasheed, Damia Qaissarah

Lukisan Hati Umar (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Lukisan Hati Umar

Mengisahkan Umar lakonan Dzul Hadziq, yang mempunyai bakat melukis dan tinggal dengan bapa tirinya, Zahar (Syazwan Zulkifly) yang panas baran selepas ibunya meninggal dunia.

Umar terpaksa bekerja selepas waktu sekolah dengan bertemankan beruk kesayangannya pergi memetik kelapa. Namun pendapatan yang tidak seberapa diperoleh Umar sering kali dirampas oleh Zahar yang tidak mempunyai kerja tetap.

Di sekolah pula, Umar sering dimarahi oleh Cikgu Hisham (Izzue Islam) kerana sering ponteng dan datang lewat ke sekolah. Cikgu Hisham kemudiannya mengetahui kesusahan yang dihadapi oleh Umar dan rasa bersalah kerana tidak mengambil berat masalah anak muridnya. Cikgu Hisham cuba membantu Umar.

Saksikan Lukisan Hati Umar lakonan Dzul Haziq, Izzue Islam dan Syazwan Zulkifly pada hari ahad ini, jam 10.00 malam di Cereka Ahad TV3.

Post a Comment

0 Comments