Perang Panjut Tujuh Likur (TV1) | Sinopsis Telefilem

Perang Panjut 7 Likur

Telefilem : Perang Panjut Tujuh Likur
Pengarah : Epo Jenon
Penulis Skrip : Roydy Rokidy
Siaran : TV1
Tayangan : 6 April 2024
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Fauziah Nawi, Fadhilah Mansor, Hamidah Wahab, Delimawati Ismail, Idan Aedan, Raff Roslee, Dina Allysha, Fathil Dani, Baqir Jamalulail

Perang Panjut 7 Likur

Sinopsis Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur

Mengisahkan tiga wanita; Hanan (Fadhilah Mansor), Numa (Fauziah Nawi) dan Sabariah (Hamidah Wahab) yang berkawan baik ketika zaman muda. Namun kerana satu insiden, persahabatan mereka bertukar keruh dan berlanjutan sehingga masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai anak yang sudah belajar di universiti.

Pada bulan ramadan, Tok Su Piah (Delimawati) yang merupakan Ketua Kampung Wanita mahu mengadakan pertandingan Pesta Panjut bagi meraikan malam 7 likur di kampung mereka.

Adakah Pesta Panjut ini dapat menjernihkan semula hubungan Hanan, Numa dan Sabariah?

Saksikan telefilem Perang Panjut Tujuh Likur lakonan Fadhilah Mansor, Fauziah Nawi, Hamidah Wahab dan ramai lagi pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Post a Comment

0 Comments