The Lord Musang King (2023) | Review Movie

The Lord Musang King (2024) | Review Movie

Filem : The Lord Musang King
Pengarah : Lee Moon Ho
Penulis Skrip: Shi Zhong Yuan
Network : Netflix
Tayangan : 21 Disember 2023
Durasi : 1 jam 30 minit
Genre : Aksi, Thriller
Pelakon : Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Eddie Chow, Hafidzuddin Fazil, Azri Sabri, Kim Bo Yeon, Kwang Dong Hyuk, Jay Iswazir, Shyrim

SINOPSIS:
Mengisahkan Haikal, anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Jin untuk membebaskan anaknya.

The Lord Musang King (2023) | Review Movie

The Lord Musang King sebuah filem kerjasama pertama antara Malaysia dan Korea Selatan mengisahkan Haikal (Yusuf Bahrin), anak kepada Samad (Hafidzuddin Fazil), pemilik ladang musang king yang berjaya telah dijatuhkan hukuman penjara kerana membunuh.

Samad percaya anaknya tidak bersalah dan cuba mencari jalan bagi membebaskan anaknya namun keadaan semakin sukar dan penguam yang dilantik oleh Samad menarik diri.

Samad tiada pilihan apabila dia terpaksa bekerjasama dengan Cheon Jin (Eddie Chow), pemilik syarikat dari Korea Selatan yang berjanji akan membantu Samad untuk membebaskan Haikal. Namun tidak lama kemudian, Samad meninggal dunia dan polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh diri.

Haikal yang mendengar berita kematian bapanya tekad melarikan diri dari penjara dan mahu menuntut keadilan buat bapanya.

The Lord Musang King (2023) | Review Movie

tengok tajuk The Lord Musang King tu, aku ingatkan filem komedi so tak expect ceritanya tentang pembalasan dendam. actually jalan ceritanya quite good, straightfoward dan tak ada plot twist tapi menarik juga sebab di awal cerita banyak persoalan yang ditimbulkan yang buat aku nak tahu apa sebenarnya terjadi.

filem ni ada potensi yang lebih besar tapi kelemahan cerita ni, ada plot dan watak tak dikembangkan dengan baik sebab lebih fokus pada Haikal dan misi membalas dendamnya. tapi overall not bad masih menarik untuk ditonton dan aku enjoy dengan aksi dan lakonan dari Yusuf Bahrin.

Post a Comment

0 Comments