Review Drama: Perempuan Ilmu Hitam (2024)

Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

Drama : Perempuan Ilmu Hitam
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Liza Nur, Rozie Rashid, PGRs Team
Siaran : TONTON
Mula Tayangan : 29 Februari
Episod : 10
Durasi : 40 minit
Genre : Seram, Misteri
Pelakon : Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Didie Alias, Nazim Othman, Josiah Hogan, Syazwan Zulkifly, Zaki Azeman, Ashraf Muslim

Mengisahkan Lisa (Siti Hariesa), Afifah (Chacha Maembong) dan Sara yang menjadi mangsa culik dan rogol. Selepas tujuh berlalu, mereka masih belum mengetahui identiti penjenayah sebenar.


Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

Lisa dan Afifah tinggal dengan nenek Sara, Embah Nira (Didie Alias) selepas tragedi hitam tersebut. Embah Nira yang merupakan dukun terhandal telah menurunkan ilmu hitam kepada mereka. 

Lisa kini bekerja sebagai pekerja sosial sebuah badan NGO yang membantu mangsa rogol untuk pulih dari trauma mereka. Dalam masa yang sama, Syamil (Ashraf Muslim) membantu menyiasat kes mangsa rogol ini untuk mencari penjenayah sebenar.

Penyiasatan Syamil semakin hampir apabila mereka dapat mengaitkan penglibatan Nasrun (Zaki Azeman) dengan penjenayah yang dicari.

Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

Nasrun adalah anak orang gaji kepada keluarga Azhar (Josiah Hogan) dan dia ditugaskan untuk mencari gadis-gadis untuk dijadikan alat pemuas nafsu Azhar, Bakry (Syazwan Zulkifli) dan Cairyl (Nazim Othman).

Sudah tujuh tahun Nasrun terlibat dalam kegiatan seksual majikannya tapi bila mangsa terbaru membunuh diri, Nasrun mula dilanda rasa bersalah dan mahu menarik diri dari kumpulan tesebut. Malangnya, Cairyl yang mengetahui perkara tersebut memberi amaran keras kepada Nasrun.

Azhar, Cairyl dan Bakri dari keluarga berpengaruh dan mempunyai reputasi yang baik di mata masyarakat.  Apa yang menyeram bila Lisa sendiri tak sedar dia telah bertemu dengan perogolnya iaitu Cairyl seorang doktor psikitri yang membantu Lisa handle emosi dan mental mangsa-mangsa rogol.

Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

drama ni macam letih sikit la sebab nak tunggu episod dia keluar seminggu sekali. tapi apa yang aku boleh cakap plot dan jalan ceritanya sangat menarik. drama ni banyak plot twist dan susah juga nak tembak apa yang akan berlaku seterusnya.

dari awal nampak macam Lisa innocent dan Afifah yang buat kerja jahat hantar sihir. pastu benda paling curious apa yang jadi pada Sara sebab perangai dia pelik semacam.

bila masuk episod 8 baru terungkai apa yang sebenarnya berlaku pada Sara dan korang boleh nampak topeng sebenar Lisa yang disembunyikan selama ini. Permainan sebenar bermula apabila Afifah menghantar sihir kepada Bakri.

Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

geng jahat ni start gelabah apabila Bakri teruk jatuh sakit. Azhar minta Nasrun carikan orang untuk berubatkan Bakri sebab dia sendiri pun teruk kena kacau tapi Cairyl tak percayakan benda bomoh dan sihir ni.

tapi Azhar tersilap langkah bila bawa Bakri berubat dengan Embah Nira walaupun Nasrun dah beri amaran sebab dah tahu siapa Embah Nira. Keadaan semakin kelam kabut apabila Cairyl yang tak percaya sihir dah bermain api mencabar kesabaran Lisa. time ni baru dia tahu langit tinggi ke rendah.

aku berdekah giler scene Azhar dan Cairyl teruk kena kacau, time ni padan muka baru kau gelabah nak ingat tuhan.

Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

Syamil sebenarnya pengawal polis yang menyiasat kes mereka pada tujuh tahun yang lepas tapi berhenti sebab tak dapat nak tangkap penjenayah sebenar. 

Walaupun bukan lagi seorang anggota polis, Syamil masih berusaha menyiasat kes tersebut sebab ayah Lisa sebelum meninggal dunia datang merayu pada Syamil untuk cari keadilan buat anaknya. jadi dia rasa betanggungjawab untuk menyelesai kes Lisa dan rakan-rakannya.

Syamil ni juga pandai berubat orang melalui perubatan islam dan kebetulan pula Nasrun menghubungi Syamil untuk berubatkan Bakri.  rasanya Syamil tahu siapa yang hantar sihir pada Bakri.

drama n baru keluar sampai episod 8 di Tonton, penat juga nak tunggu next episod dan tak sabar nak tahu pengakhirannya. aku mengharapkan pengakhirannya Syamil dapat selesaikan kes dengan pujuk Lisa dan Afifah guna saluran yang betul. lagi pula nampak Syamil cuba tekan Nasrun untuk jadi saksi sebab Nasrun pun dah start gelabah takut kena sihir selepas apa yang terjadi pada Bakri.

Review Perempuan Ilmu Hitam (2024)

jalan cerita Perempuan Ilmu Hitam agak fresh dari drama melayu kat tv sekarang yang tak habis buat cerita penyondol. mereka guna ilmu hitam untuk balas kejahatan manusia bertopengkan syaitan. bak kata Afifah, kalau syaitan lawan dengan syaitan, yang menang tetap syaitan. suka tengok watak Chacha Maembong sebagai Afifah slay habis kot dengan makeup dan baju hitam.

aku suka nilai persahabatan antara Lisa dan rakan-rakanya. selepas apa yang terjadi, mereka tak pernah menyalahi satu sama lain malah bangkit lebih kuat untuk melindungi orang yang tersayang.

drama ni penuh dengan mesej dan pengajaran. walaupun Lisa dan Afifah nak balas dendam pada orang yang merogol mereka guna ilmu hitam tapi cara mereka tu tetap salah dan bertentangan dengan islam.

Post a Comment

1 Comments

  1. masa nampak poster drama ni dah tergerak hati nak tengok sebab nampak menarik. Tak banyak genre dark macam ni. Thanks for the review tiara, nanti nak tengok!

    ReplyDelete