Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Dia Dari Syurga
Produksi : Mache AllStar United Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 11 Mac 2024 (Sepanjang Ramadan)
Masa : Sabtu-Khamis  | 12.05 Tengahari
OST/ Lagu Tema : Ku Dikirimkan (Aqeesh Aleeya & Ahmad Syafiq), Berhenti Mencinta (Amir Masdi)
Pelakon : Ummi Nazeera, Aliff Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Nafiz Muaz, Nada Nursyuhada, Shazia Rozaini, Ryun Ryry, Farah Wahida, Nina Smith, Sazrin Aizul, Sefik, Nisa Rissa Isa, Aish Dee

Dia Dari Syurga sebuah drama adaptasi novel Dia Dari Syurga karya Aulia Iman yang diinspirasi dari drama Korban Kasih. Sebuah kisah kekeluargaan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadhan ini di TV1.

Baca juga: Drama Korban Kasih lakonan Ummi Nazeera dan Saharul Ridzwan


Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Dia Dari Syurga mengisahkan Raisha (Ummi Nazeera) seorang anak yatim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Jalil (Aliff Aziz). 

Walaupun Jalil seorang anak yang dibenci oleh ibunya, Farizah (Fazlina Ahmad Daud) namun Jalil tetap menjaga ibunya dengan baik. Selepas berkahwin dengan Raisha, Jalil tetap tinggal serumah dengan ibunya dan menasihati Raisha untuk menjaga Farizah dengan baik jika suatu hari nanti dia sudah tiada.

Jalil kemudiannya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. meskipun suaminya sudah tiada, Raisha tetap berpegang pada janji untuk terus tinggal di situ.

Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Farizah mempunyai anak lain juga iaitu Kak Long atau Khadijah (Nada Nursyuhada), Kamil (Nafiz Muaz) dan Razimah (Shazia Rozaini).

Kak Long merasakan Raisha bebas untuk pergi dari rumah itu untuk mencari kebahagiaan dirinya setelah Jalil meninggal dunia namun Farizah mahu Raisya tetap tinggal bersama dengannya.

Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Drama Dia Dari Syurga turut memaparkan kisah dan masalah yang berlaku pada anak Farizah yang lain.  Rumah tangga Kak Long bersama Zainal (Sazrin Aizul) tapi ibu mertuanya tidak menyukai kak long yang berasal dari kampung. 

Manakala Kamil (Nafiz Muaz) mempunyai trust issues dengan pasangannya selepas pernah dikhianati pasangannya sebelum ini menyebab perkahwinannya bersama Tengku Maria (Ryun Ryry) sering bergolak disebabkan perangai cemburu buta Kamil.

Razimah (Shazia Rania) juga turut mempunyai konflik dalam perkahwinannya bersama Shahrizal (Sefik) yang suka berjoli dan lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Raisha tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus tinggal bersama mertuanya selepas Jalil meninggal dunia namun segala berubah apabila kembar Jalil iaitu Ahmad Khalil tiba-tiba memunculkan diri yang katanya mahu berbakti dan merasai kasih sayang seorang ibu kandung. 

Kewujudan Khalil membuatkan Raisha tidak selesa untuk terus tinggal di situ dan merancang untuk berpindah. Keadaan menjadi kucar-kacir apabila Farizah tiba-tiba jatuh sakit hingga akhirnya memaksa Raisya dan Ahmad Khalil untuk berkahwin. 

Adakah Raisya akan bahagia dengan perkahwinan bersama Khalil?

Dia Dari Syurga (TV1) | Sinopsis Drama

Siapa yang layan drama Korban Kasih dulu kena try tengok drama Dia Dari Syurga sebab vibe dia lebih kurang sama dan lakonan Ummi Nazeera memang best tapi itulah agak spoilt mood sikit bila tengok hero dia, pelik-pelik je marketing mamat ni tiap kali drama dia nak tayang kat tv. harapnya penerbit ban pelakon problem macam ni sebab banyak kali buat hal.


satu lagi tak sure nama watak arwah suami Raisha ni sebab Raisha panggil suami dia Abdul Khalil bukan Jalil pastu emak dia panggil kembar suaminya Ahmad Khalil ke sis silap dengar ye. pening gak nama nak sama pastu kembar pula. apa-apa je lah 😅

Siapa yang terlepas tayangan tengahari boleh tonton Dia Dari Syurga di aplikasi rasmi RTM.

Post a Comment

2 Comments