Bercinta Dengan Jin (Astro) | Review Telefilem

Bercinta Dengan Jin (Astro) | Review Telefilem

Telefilem : Bercinta Dengan Jin
Produksi : Motiofixu Sdn Bhd, SilentKaiju Studio
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 26 Disember 2020
Pelakon : Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Shahiran

SINOPSIS:
Maya dikurniakan kelebihan deria ke-enam sejak kecil. Dia boleh melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Tapi lama kelamaan keistimewaan ini hilang dan dia sering dibayangi oleh kisah silam tersebut.

Bercinta Dengan Jin (Astro) | Review Telefilem

Diinspirasi dari kisah benar, Bercinta Dengan Jin mengisahkan Maya (Uyaina Arshad) seorang penulis skrip filem telah kembali ke kampung arwah neneknya untuk menemu ramah seorang penduduk di situ berkaitan projek terbarunya.

Maya mempunyai kelebihan untuk melihat jin dan makhluk halus sejak kecil lagi. Izwan (Raja Shahiran) selaku tunangnya selalu menasihatkan Maya jangan terlaku mengikut perasaan dan banyakkan beramal dengan ayat suci. Hal ini menyebabkan Maya tersinggung dan merasakan Izwan memperlekeh kelebihan yang dimiliknya.

Setibanya di kampung tersebut, Maya berkenalan dengan Cikgu Haikal (Yusuf Bahrin) dan hubungan semakin rapat dari hari ke hari. Namun Maya merasakan penduduk kampung tidak senang melihat dia berkawan dengan Haikal.

Maya kemudiannya jatuh cinta dengan Haikal sebab Haikal lebih memahami dirinya dan percaya dengan kelebihannya jika nak dibandingkan dengan Izwan

Bercinta Dengan Jin (Astro) | Review Telefilem

Manakala Izwan pula merasakan Maya semakin pelik bila berada di kampung tersebut dan membuat keputusan untuk pergi ke situ dan menyelamatkan Maya. Persoalannya siapa Haikal sebenarnya?

tengok telefilem ni rasa geram dengan perangai Maya ni, bercinta dengan Haikal sampai lupa dengan tunang di bandar sebab encik tunang tak prihatin macam Haikal. yang peliknya dia tak perasan ke setiap kali keluar, Haikal mesti pakai baju yang sama setiap masa. dengan orang kampung pun nak dibuat musuh padahal mereka tahu cerita sebenar.

Maya sepatutnya mengamalkan ayat pendinding ke apa ke sebab dia dalam situasi ni dari kecil lagi. takkan setiap masa nak harapkan Izwan jadi hero penyelamat setiap kali dia terperangkap dalam tipu daya jin dan syaitan.

Post a Comment

0 Comments