Rindu Kasih 2 (TV3) | Sinopsis Drama

Rindu Kasih kembali dengan musim kedua dengan barisan pelakon mantap; Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Saksikan Rindu Kasih 2 yang akan ditayangkan mulai 13 Februari 2024, pada setiap setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Rindu Kasih 2 (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Rindu Kasih 2
Produksi : P&D Pictures
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : K. Adlie, Shaza Talib
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 13 Februari 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Shazia Rozaini, Meor Mohd, Mimi Ernida, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz

Sinopsis Drama Rindu Kasih 2

Konflik semakin menarik apabila Salina lakonan Ummi Nazeera, yang baru dibebaskan dari penjara cuba mendapatkan hak penjagaan anaknya, Fayyad (Dzul Hadziq) dan terpaksa berdepan dengan Amir (Izzue Islam) yang masih lagi mengharapkan cinta Salina.

Penderitaan Salina semakin bertambah apabila ibu mertuanya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) juga telah keluar dari penjara. Selain fitnah yang disebarkan terhadap Salina telah menjejaskan hubungan Hisyam (Nafiz Muaz) dan Murni (Ezzaty Abdullah).

Kebahagian Salina bersama Fayyad tidak kekal lama apabila Fayyad disahkan mempunyai masalah jantung. Mampukah Salina kuat menghadapi semua cabaran yang datang dalam hidupnya?

Post a Comment

1 Comments