Ready, Set, Love (2024) | Review Drama Thailand

Ready, Set, Love (2024)

Title : Ready, Set, Love
Director : Yanyong Kuruangkura, May Apizsara Praisin
Screenwriter : Rangsima Akarawiwat, Tee Phuwanit Pholdee
Network : Netflix
Release Date : 15 February 2024
Episodes : 6
Duration : 65 minutes
Genre : Romance, Comedy, Mystery, Thriller
Cast : Blue Pongtiwat, Belle Kemisara, Lily Nichapalak, Man Trisanu, Ja Natthaweeranuch, Boom Panadda, P-U Phuriphat, Ohmi Ryota, New Chayapak, Jane Jaytiya, Neen Neennara, Kiw Anongnart

SYNOPSIS:
In a parallel universe, female newborns vastly outnumber their male counterparts due to an inexplicable pandemic. As men become rarer, they're hailed as "national treasures," and women must win their affections in a government-sponsored competition called "Ready, Set, Love." When Day is unexpectedly accepted into the competition, she meets the most popular guy, Son. Their burgeoning love and the world they know it are threatened when they uncover a conspiracy operating beneath the surface.

Ready, Set, Love berkonsepkan dating survival game ala-ala drama Squid Game versi mencari cinta gitu.

Ready, Set, Love (2024)

Dalam drama Ready, Set, Love, golongan lelaki dianggap sebagai aset kerajaan bila mana populasi wanita melebihi lelakisebanyak 99 peratus. Golongan lelaki dilindungi dan dijaga dengan baik dalam tempat yang dipanggil The Farm. bila mencapai umur yang sesuai untuk berkahwin, kerajaan akan mencari jodoh buat lelaki ini melalui dating show Ready, Set, Love.

Ready, Set, Love adalah peluang yang terbaik untuk gadis bujang mencuba nasib mencari jodoh mereka dan berpeluang hidup mewah dan bina keluarga dalam The Farm.

Ready, Set, Love (2024) | Review Drama Thailand

Day (Belle Kemisara) dapat join show ni melalui lucky draw atas usaha adiknya, May (Neen Neennara) yang sangat meminati lima jejaka yang terhangat di pasaran.

Day hampir nak tarik diri dari pertandingan tersebut kerana adiknya sakit tapi producer rancangan ini iaitu Jenny (Ja Natthaweeran) memujuk Day untuk bertahan sebab hadiahnya yang dijanjikan sangat lumayan dan boleh dapatkan fasiliti perubatan terbaik untuk adiknya.

tapi sebenarnya Jenny nak gunakan Day untuk naikkan rating rancangan tersebut. lagi pula pemenangnya dah ada sebab ada golongan kaya yang bayar duit supaya anak gadis mereka terpilih.

Ready, Set, Love (2024) | Review Drama Thailand

bukan mudah juga Day nak bertahan dalam rancangan tersebut sebab dia tiada maklumat langsung berkenaan lima jejaka ini. Dia juga hampir tersingkir disebabkan Son (Blue Pongtiwat) pada mulanya agak anti dengan Day.

tapi kemudiannya, Son dapat cam yang Day ni budak perempuan yang pernah selamatkan dia dulu dan Son mula jatuh cinta dengan Day. masalahnya Son pun ada saingan juga iaitu Almond (Man Trisanu) yang turut tertarik dengan Day.

Ready, Set, Love (2024) | Review Drama Thailand

sistem yang diwujudkan oleh kerajaan ada sisi gelap yang diketahui oleh rakyat bila mana bayi lelaki yang lahir dalam keluarga biasa akan dirampas dari ibu kandung dengan alasan untuk melindungi mereka. Manakala ibu kandung pula didera secara mental.

Valentine (Jane Jaytiya) yang merupakan kawan baik Day mempunyai motif tersendiri join jadi staff dalam Ready, Set, Love. Tujuan Valentine masuk dalam The Farm adalah untuk mencari adiknya selain cuba mendedahkan sisi gelap sistem kerajaan yang tidak adil.

Ready, Set, Love (2024) | Review Drama Thailand

konsep drama ni agak menarik, dia punya setup dan cinematography sangat comel dan cantik sampai terlupa yang drama ni dari Thailand. ingatkan rom-com ringan tapi menarik juga plot di pertengahan cerita bila Day, Son, Valentine cuba mendedahkan ketidakadilan yang berlaku dalam rancangan Ready, Set, Love.

pacing drama ni agak laju juga, sekali tengok pun dah habis. kurang berkenan sikit bila cuba diselitkan dengan mesej lgbt. tapi overall, drama yang menarik dan menghiburkan untuk ditonton.

Post a Comment

0 Comments