Dian Kirana by Aein Dhiyauddin | Review Novel

Dian Kirana by Aein Dhiyauddin

Tajuk : Dian Kirana
Penulis : Aein Dhiyauddin
Helaian : 489
Penerbit : Karya Cipta
Terbitan : Mac 2023


Perkahwinan Dian Kirana dan Qayyum kerana satu perjanjian. Tengku Suriana yang merupakan isteri Qayyum tidak dapat mengandung setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya lalu menyuruh Qayyum berkahwin dengan Dian untuk mendapatkan anak. Dian terpaksa bersetuju kerana Qayyum memberitahu arwah ibunya yang  pernah bekerja sebagai orang gaji di rumah keluarga Qayyum dulu berhutang dengan ayah Qayyum so itu pilihan yang diberi untuk Dian menyelesaikan hutang tersebut.

Tapi Dian tidak menyangka Qayyum bertindak kejam dengan mencerai dan menghalaunya sebaik dia melahirkan anak. 8 tahun kemudian, Qayyum mencarinya kerana mahu Dian menderma tulang sum-sum untuk anaknya yang sakit. Dian minta Qayyum menceraikan Tengku Suriana baru dia akan membantu anaknya. hal ini juga menyebabkan Dian diculik oleh Tengku Isyaf (sepupu Tengku Suriana) dan dipaksa kahwin kerana Isyraf tidak mahu Dian mengganggu rumah tangga sepupunya.

aku tertarik dengan sinopsis novel ni, satu lagi benda yang curious kenapa Tengku Isyraf berkahwin dengan Dian. Walaupun semua orang cakap, Isyraf sangat sayang Suriana tapi macam pelik juga kan bila Dian dikurung tapi segala kemahuan Dian dituruti malah dilayan Dian dengan baik sekali. rupanya ada kisah silam antara mereka dan tujuan utama Isyaf berkahwin untuk melindungi Dian dari ancaman bahaya.

Tengku Suriana sebagai watak jahat agak annoying juga sebab suka meroyan, cemburu tak bertempat dan nak semua orang ikut cakap dia. but tak expect juga kat hujung tu dia punya psiko sampai bertindak kejam pada orang yang dia sayang or maybe obsess. watak Qayyum pula tak tahu nak komen apa sebab mula tu kejam gila pada Dian pastu at the end ada kisah yang dipendam.

bagi aku watak Sofea, anak kepada Dian dan Qayyum agak penting juga tapi macam ada takde je budak ni. kalau dikembangkan plot mengenai Sofea maybe lebih menarik sebab nak tahu juga macam mana layanan Tengku Suriana pada Sofea, adakah dia seorang ibu yang baik? pastu kesian takde langsung part Dian dengan anaknya, kat hujung-hujung bila mereka bertemu, rasa macam awkward pula hubungan ibu dan anak ni.

plot dan jalan cerita menarik tentang kehidupan Dian yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan. novel ni boleh jadi pain tapi itulah tak sampai sebab plot dan watak tak dikembangkan dengan baik, dan konflik di pertengahan cerita tak begitu kuat. Hubungan Dian dengan Tengku Isyraf ok la macam sweet la juga tapi itulah progress dia slow sebab masing-masing banyak main tarik tali. but overall not bad la still enjoy untuk bacaan ringan.

**MY RATING : 3.5/ 5**

Baca juga : Novel Noda karya Aien Dhiyauddin


Kerana satu perjanjian, DIAN KIRANA diceraikan sebaik sahaja melahirkan. Tanpa belas kasihan dia dihalau dari rumah saat masih dalam pantang. Sedar dirinya siapa, dia hanya mampu melangkah pergi.

Lapan tahun berlalu. MEGAT QAYYUM muncul kembali mengganggu hidup DIAN.

“Dia sakit. Dia perlukan awak.” – MEGAT QAYYUM

“Maaf... anak saya dah mati. Lapan tahun lepas awak suruh anggap dia mati. Jadi saya anggap dia mati.” – DIAN KIRANA

DIAN membuat permintaan tak masuk akal kepada bekas suaminya. Ceraikan isteri bekas suaminya sekarang dengan talak 3! Barulah dia akan setuju untuk membantu zuriatnya. Namun MEGAT QAYYUM menolak.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri. Menculik DIAN dan membawanya ke sempadan. Memaksa DIAN berkahwin dengannya.

“Maafkan aku. Aku bukannya lelaki jahat. Tapi aku tak akan izinkan kau hancurkan hidup orang yang aku sayang. Cukuplah sekali dulu dia putus asa dengan hidup. Aku tak mahu perkara tu terjadi lagi.” – TENGKU ISYRAF REIFANSYAH

DIAN terjerat dalam penjara rumah tangga sekali lagi. Tengku Isyraf mengahwininya hanya kerana tidak mahu dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangga MEGAT QAYYUM dan juga TENGKU SURIANA. Kali ini DIAN cuba melawan namun TENGKU ISYRAF lebih licik dari MEGAT QAYYUM. Terpaksa melalui derita menjadi isteri yang tidak disayangi suami buat kali kedua.
Mampukan DIAN keluar dari penjara rumah tangga ciptaan Tengku Isyraf?
Dapatkah DIAN mengecapi bahagia yang dia impikan?

Post a Comment

0 Comments