Review Movie: Annapoorani (Netflix)

Review Movie: Annapoorani (Netflix)

Title : Annapoorani
Director : Nilesh Krishnaa
Network : Netflix
Release Date : 1 December 2023
Duration : 2 hour 26 minutes
Cast : Nayanthara, Jai, Achyuth Kumar, Sathyaraj, Redin Kingsley, KS Ravikumar, Poornima Ravi, Karthik Kumar

SYNOPSIS:
A girl born in an orthodox family aspires to become India's best chef. She faces events and challenges on her way and goes beyond her conventional beliefs and prejudices to achieve her dream.

Review Movie: Annapoorani (Netflix)

Annapoorani (Nayanthara) dilahirkan dengan deria rasa yang istimewa dan mempunyai minat dalam masakan sehingga dia bercita-cita untuk menjadi chef terkenal seperti idolanya, Chef Anand.

Impiannya untuk belajar dalam bidang kulinari dihalang oleh ayahnya sebab ayah Poorani adalah orang kuat agama hindu dan memasak untuk temple, keluarga mereka juga vegetarian. kalau Poorani jadi tukang masak, dia kena masak daging yang bertentangan dengan ajaran agama mereka. sebab tu bapa dia halang Poorani belajar dalam bidang kulinari.

Poorani dalam diam apply dan belajar dalam bidang kulinari tapi kantoi juga. last sekali demi nak mencapai cita-citanya, Poorani lari dari rumah dan berjaya jadi tukang masak bawah chef idolanya, Chef Anand di hotel terkemuka.

Review Movie: Annapoorani (Netflix)

Chef Anand kagum dengan kemahiran Poorani memasak masakan India tapi anak Chef Anand iaitu Chef Aswind tak berkenan dan cemburu bila bapanya melebihkan Poorani sehingga gadis itu dinaikkan pangkat dalam tempoh yang singkat.

Suatu hari, Poorani terlibat dalam kemalangan di dapur hotel tersebut sehingga menyebabkan hilang deria rasanya. Poorani hampir berputus asa dengan impiannya tapi berkat nasihat dari Chef Anand, Poorani bangkit dan masuk pertandingan masakan, India Best Chef.

Adakah Poorani berjaya memenangi pertandingan tersebut?

Review Movie: Annapoorani (Netflix)

filem ni ada mesej yang bagus cuba disampaikan melalui watak Annapoorani tapi bagi aku, tak sampai sebab pengarah macam tak sensitif dengan beberapa isu dalam filem ini terutamanya melibatkan agama. dia ibarat orang islam tak boleh makan dan sentuh pork tapi kau nak suruh masak pork macam tu  juga dengan watak Poorani yang agama dia melarang makan daging. 

aku nak tengok macam macam Poorani overcome halangan macam ni untuk jadi tukang masak terkenal, kalau tak boleh jadi chef hotel lima bintang maybe boleh try pastri ke atau masakan tradisional ke contohnya tapi ini tak, serius tak faham kenapa isu agama di highlight dalam filem ni.

bila sebut pasal kulinari dan masakan, aku mengharapkan Annapoorani boleh tunjuk skill sebagai seorang cheff dan create menu terhebat buat orang terliur nak cuba tapi tak ada scene sebegitu, tahu-tahu je masakan dah siap tinggal nak berhujah dan highlight tentang deria rasanya.

Watak Farhan seorang sahabat yang baik dan setia menyokong tapi tak dikembang dengan baik. Watak Chef Anand antara yang kuat menyokong kerjaya Poorani selain family dia tapi cara Chef Anand backup anak dia tu aku tak berkenan, dia lebih rela berhenti kerja atas kemalangan yang berlaku pada Poorani daripada dedahkan kejahatan yang dilakukan anak sendiri. last-last Ashwind admit kekalahan pada ayah dia tapi still kau tak minta maaf pada Poorani dengan segala benda jahat yang kau dah buat. 

pastu ada scene yang Poorani pakai hijab dan solat sebelum nak masak beriani seriusly aku tak faham apa pengarah cuba nak sampaikan melalui scene ni. kesimpulannya, banyak benda yang tak ada common sense dalam movie ni.

Post a Comment

0 Comments