Lirik Lagu | Afida - Haruskah Ku Balas Semua (OST Layang-Layang Perkahwinan)

OST Layang-Layang Perkahwinan

Lagu Haruskah (Ku Balas Semua) nyanyian Afida telah diangkat sebagai lagu tema bagi drama Layang-Layang Perkahwinan yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria. Layang-Layang Perkahwinan sebuah kisah kecurangan yang berlaku dalam pasangan dibintangi oleh Shukri Yahaya. Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman dan ramai lagi.

Lirik Lagu Afida - Haruskah (Ku Balas Semua)


Tajuk : Haruskan (Ku Balas Semua)
Artis : Afida
Komposer & Lirik : Gio Wibowo

LIRIK

Ku sangka hidupku sempurna
Penuh cinta juga bahagia
Namun semua hanya fatamorgana
Ku dikhianati cinta

Apa salah serta dosaku
Tega kau kelabui aku
Bersembunyi dalam senyum penuh suka
Namun kau tikam keras hatiku

Kain yang telah ku racun indah
Kini rosak terkoyak dusta
Hancur kalut berbekas luka
Tuhan tolonglah hamba

Punahlah semua percaya
Bayang layang-layang perkahwinan kita
Terbang tinggi tak tentu arah
Haruskah ku balas semua


Sumber: Youtube 13 Nadi Entertainment

Post a Comment

0 Comments