Hawa (TV Okey) | Sinopsis Drama

Hawa (TV Okey)

Drama : Hawa
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 1 Januari 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Faezah Elai, Wan Sharmila, Shah Jaszle, Syafie Naswip, Dayana Roza, Syazwan Zulkifli, Oktovia Manrose, Lia Natalia, Hairi Safwan, Sangeeta, Faye Kusyairi, Hanna Aqeela

Hawa sebuah drama bersiri yang memaparkan kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat terutama golongan wanita merangkumi suka duka kisah kekeluargaan, percintaan, kasih sayang, pengorbanan, persahabatan dan kerjaya.

Hawa (TV Okey)

Sinopsis Drama Hawa


Kasih Yang Terlerai

Mengisahkan kehidupan rumah tangga Zara dan Syamil yang berdepan konflik bila si suami dibuang kerja. Ketika itu mereka baru dikurniakan anak sulung. Situasi itu membuatkan Zara tertekan kerana berdepan dengan masalah kewangan. Kemunculan bekas kekasihnya, Malik menimbulkan situasi tegang dalam rumahtangga mereka. Mampukah Zara bertahan atau dia tewas dan kehilangan insan yang disayang?

Waktu Yang Terhenti 

Rozie yang berpewatakan lelaki gemar melepak dengan kawan-kawannya sehingga mengabaikan bapanya, Pak Jenal yang mempunyai penyakit. Pak Jenal selesa berkongsi masalah dengan seorang duda bernama Isyam dan merancang mahu menjodohkan Rozie dengan Isyam.

Benang Emas

Fatimah seorang balu mahu menjadikan lelaki muda sebagai suaminya lalu tertarik dan berkahwin dengan Zalek Khan, seorang pemuda dari Pakstan. Namun Zaler mempunyai niat jahat terhadap anak Fatimah, Syakilla dan niat jahat tersebut dapat dihidu oleh pak ciknya, Shamsul.

Rapuh

Hanum berkahwin dengan seorang pemandu kepada pendakwah muda, Faris. Namun perkahwinan mereka masih tidak dikurniakan anak. Tanpa diduga Faris berkahwin lain dengan Marlia. Situasi itu membuatkan Hanum menghadapi tekanan perasaan hingga bertindak di luar kawalan.

Shanti

Cikgu Shanti, guru yang tegas dan sentiasa fokus sewaktu mengajar. Malang menimpa Cikgu Shanti kerana sikap suaminya Nathan yang mengabaikan tanggungjawab dan banyak menghabiskan wang pada minuman keras. Nathan sentiasa bertengkar dengan Cikgu Shanti setiap kali pulang ke rumah tanpa menghiraukan perasaan anak tunggal mereka. Suatu hari Cikgu Shanti rebah dan mengalami serangan barah otak. Keadaan ini telah membuatkan Cikgu Shanti bimbang dengan situasi yang tidak terduga itu.

Bukan Jalan Terpilih

Joanna yang baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah kolej di Kuala Lumpur menghadapi kesukaran hidup di bandar besar. Rakan serumahnya iaitu Adeline bekerja di syarikat haram scammer yang menjalankan aktiviti salah disisi undang-undang. Akibat tawaran gaji yang lumayan daripada Syamil, Adeline tidak memikirkan langsung operasi syarikat Syamil. Syamil cuba memperdaya Joanna kerana sedar Joanna juga seperti Adeline yang mudah dipengaruhi dengan wang serta kebendaan. Malangnya Joanna lebih bijak dan bekerjasama dengan sepupunya, Ronny pegawai polis dari Cawang Khas Bukit Aman memberkas pesalah tersebut.

Hawa

Rahimah berniaga di sebuah warung tinggal bersama anaknya, Jamal. Warung Rahimah sering dikunjungi oleh ramai pelanggan tetapi ramai yang tidak menyedari Rahimah menggunakan sihir pelaris untuk menarik pelanggan sehingga beberapa warung serta peniaga menjual makanan di tepi jalan mulai suram. Khairol datang ke kampung bersama bapanya, Dato’ Azman untuk meninjau pengambilan tanah yang dibeli oleh syarikat bapanya. Dato’ Azman terpikat pada Rahimah sebaliknya wanita berusia itu lebih menyukai Khairol yang lebih muda. Rahimah menggunakan sihir untuk menundukkan Khairol suka kepadanya.

Post a Comment

0 Comments