Travelawak: Projek Bapak Bapak Musim 2 Ke Australia

Review Travelawak: Projek Bapak Bapak Musim 2 Ke Australia

Projek Bapak Bapak kembali dengan musim ke-2 dengan menjadikan Australia sebagai destinasi pilihan selepas berjalan ke Jepun pada musim yang lepas. Rancangan ini sangat menghiburkan dengan telatah bapak bapak yang terdiri daripada Dato Jalaluddin Hassan (Tok Jalal), Dato Ramli MS (Tok Ram), Roy Azman dan Jatt Ali yang mempunyai pelbagai aksi dan ragam tersendiri.

Dalam episod ke-3 ini, geng Bapak Bapak dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberi dua cabaran oleh pihak produksi. Cabaran Pertama, mereka perlu mencari kedai di Paddy's Market dan menjawab soalan dari pihak produksi. Manakala cabaran kedua lebih mencabar apabila geng bapak-bapak buat pertama kali merasai pengalaman berkayak dengan jarak yang jauh.

Episod kali ni pun tak kurang kelakarnya berdekah tengok gelagat geng bapak-bapak ni. Tok Ram macam biasalah dah selalu jadi leader, semua benda dia nak control. dengan geng produksi pun diajaknya bergaduh padahal dia yang salah tapi tetap juga nak argue cakap dia betul. tapi comel time makan Tok Ram tak bagi Tok Jalal minum air soda sebab nak suruh jaga kesihatan.

Dalam misi berkayak lebih mencabar sebab geng bapak bapak tak pernah berkayak sebelum ini. kesian dengan Jatt Ali sebab kecederaan bahu waktu di jepun dulu. tapi steady lah Jatt Ali dapat partner dengan Tok Jalal, chill je Tok Jalal suruh rehat dan dia kayuh sorang-sorang kat belakang. tapi geng Tok Ram dengan Roy Azman pula haru jadinya sebab Tok Ram tak habis membebel.

pendek cakap tak kering gusi melayan Projek Bapak-Bapak musim terbaru ni. penat gelak tengok perangai masing-masing. 

Projek Bapak-Bapak Musim 2 boleh ditonton mulai 2 November 2023, pada setiap hari khamis jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (107) atau melanggan di platform streaming Sooka.

Post a Comment

2 Comments