Home For Rent (2023) | Review Movie

Home For Rent (2023) | Review Movie

Title : Home For Rent
Director : Sophon Sakdaphisit
Screenwriter : Tanida Hantaweewatana
Network : Netflix
Release Date : 6 April 2023
Duration : 2 hour 4 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Horror
Cast : Mew Nittha, Weir Sukollawat, Penpak Sirikul

SYNOPSIS:
Ning and Kawin are a couple with a seven-year-old daughter, Ing. The three decide to move to a condo and rent out their house to two tenants: Ratree, a retired doctor, and her forty-year-old daughter Nuch. 

After the new tenants have moved in, Ning notices that Kawin begins to exhibit unusual behaviour. He becomes secretive and often disappears from the condo at 4 a.m. Kawin even sports a triangle-shaped tattoo—the same design as Nuch’s. As her husband’s behaviour becomes increasingly disturbing, Ning realizes that her daughter is being preyed on by some unseen sinister force. She has to do everything to protect her daughter from this dark cult!

Home For Rent (2023) | Review Movie

Mengisahkan Ning (Mew Nittha) yang mempunyai sebuah rumah kondo disewakan sebagai side income untuk keluarga. Suatu hari, penyewa rumah tersebut telah keluar dan meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan yang teruk. Ning tiada duit untuk bawa kes ini ke mahkamah dan saman penyewa lama dia.

So ejen hartanah suggest Ning untuk pindah masuk ke kondo tersebut dan menyewakan rumah banglo keluarganya sebab ada orang berminat nak sewa dengan harga yang tinggi. Ning tahu suaminya, Kwin (Weir Sukollawat) takkan bersetuju dengan perkara tersebut.

Sepatutnya Ning dengar cakap suami dia jual saja kondo tersebut dari serabut nak pening fikir masalah penyewa dari neraka. tapi itulah Ning degil tetap juga dengan keputusan dia, hal ini menyebabkan keluarga bahagianya hancur dan berdepan dengan peristiwa menyeramkan.

Home For Rent (2023) | Review Movie

Kwin dari awal lagi tak mahu menyewa rumah miliknya sebab rumah tersebut ada kenangan masa lalunya yang tidak diketahui oleh Ning. tapi Kwin berubah fikiran selepas bertemu dengan penyewanya, Puan Ratree (Penpak Sirikul)

Ning sujud syukur bila Kwin berubah fikiran tapi kegembiraan dia tak lama selepas berdepan dengan pelbagai kejadian pelik dan menyeramkan. Ning perasaan Ratree dan anaknya langsung tak mesra bila dia pergi ke rumah tersebut untuk mengambil barang dan jiran sebelah rumah dia pun cakap anak-beranak ni nampak pelik dan selalu baca mantera aneh setiap pukul 4 pagi.

Ning perasan suaminya semakin pelik dan siap ada tatu yang sama dengan anak Ratree. malah dia ternampak kelibat misteri yang menganggu anaknya, Ing. tak lama selepas itu Ning dapat tahu Kwin sudah terlibat diri dengan ajaran sesat yang diketui oleh Ratree. Ning cuba melarikan diri dari Kwin dan melindungi anaknya dari kumpulan tersebut yang mempunyai motif tersendiri menjadikan Ing sebagai target mereka.

Home For Rent (2023) | Review Movie

Home For Rent bukan cerita seram mengenai hantu tapi tentang ajaran sesat. memang saspen dari awal sebab banyak jumpscare dan agak seram juga dengan scene yang banyak menggunakan darah.

actually benda yang menakutkan dalam movie ni adalah kita tak tahu niat dan motif tersembunyi orang lain. Ratree menggunakan kesakitan Kwin yang pernah kehilangan anak untuk mempengaruhi Kwin mengikut telunjuknya. pendek cakap jangan senang percaya orang luar.

ending agak menyedihkan juga sebab ada harga yang perlu dibayar untuk satu kesilapan bodoh tapi puas hati la dan tak expect bila Ning redha dan boleh terima dengan apa yang berlaku pada Kwin dan Ing. dua jam tu terasa lama juga plus bahagian awal tu rasa macam slow je tapi overall menarik juga jalan ceritanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. nak tgk dah hari tu cerita ni. tp baru nk tgk dah kena panggil buat kerja. pastu lupa trs hahhaah

    ReplyDelete