Nak Dengar Cerita Hantu? | Sinopsis Drama

Nak Dengar Cerita Hantu? | Sinopsis Drama

Drama : Nak Dengar Cerita Hantu?
Produksi : Golden Adventure Creative
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sophillea
Siaran : Unifi TV 120 (Degup)
Mula Tayangan : 27 Oktober 2023
Masa : Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 8
Pelakon : Beto Kusyairi, Namron, Aiman Tino, Uqasha Senrose, Nora Danish, Bella Dowana, Zahiril Adzim, Shah aszle, Sean Lee, Elizabeth Tan, Thanuja, Kazar

Unifi TV melancarkan drama original pertama yang bertajuk Nak Dengar Cerita Hantu? di saluran Degup yang merangkumi kisah legenda, cerita rakyat dan isu sosial yang biasa didengari oleh rakyat Malaysia.

Sinopsis Drama Nak Dengar Cerita Hantu

Mengisahkan Pak Harun yang membela hantu raya diwarisi dari ayahnya secara terpaksa namun lama kelamaan dia semakin suka dan selesa dengan belaan saka keturunan tersebut.

Apabila lanjut usia, Pak Harun mula sedar dengan kekhilafan diri dan mahu membuangkan hantu raya tersebut yang semakin sukar dikawal dan menganggu penduduk kampung malah anak gadisnya juga turut mendapat tempias apabila putus tunang.

Pak Harun mendapat bantuan seorang ustaz untuk membantu dirinya membuang belaan saka tersebut.

Post a Comment

0 Comments