Auta (TV3) | Sinopsis Telefilem

Auta (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Auta
Produksi : World Evolution Brain Sdn Bhd
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Suzanna Zailyn Zin
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 April 2016
Pelakon : Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid, Balkisyh Semundur Khan, Rosli Rahman Adam, Zarina Md Nor, Da’i Hijrah

Sinopsis Telefilem Auta

Sebuah telefilem komedi mengisahkan Nizam lakonan Shukri Yahaya seorang pemuda yang malas mencari kerja tetapi rajin menghadiri ceramah dan bersolat jemaah di masjid.

Nizam telah jatuh hati dengan Faridah (Nad Zainal). Puan Salmah (Delimawati) yang merupakan ibu kepada Faridah juga berkenan untuk menjadikan Nizam sebagai menantunya kerana Nizam rajin beribadah dan dia mengharapkan Nizam dapat mengubah perangai suaminya, Sulaiman (Mubarak Majid) yang malas bersolat.

Konflik terjadi selepas Nizam dan Faridah berkahwin, Salmah tidak berkenan dengan perangai Nizam yang pemalas dan tidak mahu mencari kerja malah Sulaiman juga menawarkan Nizam bekerja di bengkel namun ditolak Nizam dengan pelbagai alasan dan juga menggunakan hadis untuk menyokong hujahnya.

Faridah dan Salmah sudah nekad dan berpakat untuk mengubahkan sikap pemalas Nizam. Adakah Nizam akan menyedari tanggungjawabnya sebagai suami?

Auta (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem Auta akan bersiaran semula pada hari sabtu ini (7 Oktober 2023) jam 10.00 malam di slot Cerekarama TV3.

Post a Comment

0 Comments