Sumpahan Syaitan (Netflix) | Review Movie

Sumpahan Syaitan (Netflix) | Review Movie

Filem : Sumpahan Syaitan
Produksi : D Bay Film Factory, Redfiress Film Production
Pengarah : Roy Krishnan
Penulis Skrip : Epy Kodiang
Network : Netflix
Tayangan : 2 Mac 2023
Durasi : 95 minit
Genre : Komedi, Seram
Pelakon : Farid Kamil, AC Mizal, Jalaluddin Hassan, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Saiful Zero, Dr Gunsey Guna, Arin Raja Lawak, Yasin Senario, Amai Kamarudin, Pak Ya Sepahtu, Adam Shahz, Epy Kodiang, Kenji Sawahi, Azlan Komeng

Sumpahan Syaitan (Netflix) | Review Movie

Sumpahan Syaitan baru sahaja ditayangkan di Netflix Malaysia mengisahkan Sam (Farid Kamil) yang meminjam wang daripada Branco (Jalaluddin Hassan) untuk membuat modal dalam satu pelaburan kawannya, Ray (Adam Shahz). Sam kemudiannya tersedar yang dirinya ditipu dan Ray sebenarnya adalah seorang scammer skim cepat kaya.

Untuk mengelak diburu oleh geng Branco, Malik (AC Mizal) yang merupakan businessman dan juga kawan baik kepada Sam mencadang Sam dan keluarganya bersembunyi di hotel yang baru dibelinya dan menyuruh Sam menguruskan hotel tersebut.

Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut.

Sumpahan Syaitan (Netflix) | Review Movie

Dengan durasi dua jam, filem ni bagi aku terlampau panjang dan membosankan sebab plot dia too lame dan predictable. benda paling menganggu aku bila suara pelakon tenggelam dengan muzik latar yang serba tak kena. terlalu banyak watak yang tidak membantu dari segi penceritaan tapi lebih membantu untuk menghuru-harakan keadaan.

Watak utama yang dilakonkan Farid Kamil sebagai Sam kurang menyerlah. watak yang kurang bijak, bila hotel ada masalah semua benda nak tanya Malik, langsung tak reti nak buat keputusan patutlah senang kena tipu. last scene bila Branco suruh tukar hak milik hotel boleh pula lurus bendul cakap hotel tu berhantu padahal masing-masing tengah fikir macam mana nak keluar daripada masalah hotel tersebut.

Ac Mizal yang selalunya membawa watak komedi tampil berbeza sebagai Malik. Malik digambarkan seorang kawan yang baik sentiasa bersama Sam ketika susah dan senang. menariklah watak dia selalu cari solution kepada masalah Sam.

Overall aku boleh rate filem Sumpahan Syaitan 2.5/10 sebab banyak kelemahan dari jalan cerita,  elemen seram kurang memuaskan dan elemen komedi not bad lah tapi hambar.

Post a Comment

2 Comments

  1. masa tengok movie ni risau kalau Malik tu nak game Sam je tapi tak. Baik je setia dengan kawan dia yang bodoh alang tu

    ReplyDelete