Misi Seramedi (TV Okey) | Sinopsis Drama

Misi Seramedi (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Misi Seramedi
Produksi : NS Star Sdn Bhd
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Penulis Skrip : Farhana Fauri,MF Kenchana
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 1 Jun 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 20
OST/ Lagu Tema : Misi Seramedi (Zwen Addeen)
Pelakon : Shiqin Kamal, Bell Ngasri, Acong, Aidil Aziz, Azlee Jaafar, Dottie, Fadzil Hamdan, Ucop Cecupak, Wan Gegau, Aishah Atan, Taufik Hanafi

Kemunculan gadis misteri bernama Medina yang duduk tepi kubur menyebabkan 3 pemuda jatuh cinta padanya. Namun Medina menetapkan syarat akan memilih siapa yang berjaya menakutkannya! Siapakah pilihannya?

 

Misi Seramedi (TV Okey) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Misi Seramedi 

Mengisahkan Tok Ketua (Azlee Jaafar) yang diamanahkan untuk menjaga sebuah rumah selepas pewaris rumah tersebut berpindah keluar. Mereka meminta Tok Ketua mencari penyewa atau sesiapa sahaja yang berminat membeli rumah tersebut.

Namun bukan mudh untuk Tok Ketua mencari penyewa apabila setiap orang yang datang menyewa cabut lari selepas semalam tinggal di rumah tersebut kerana tidak tahan dengan gangguan yang berlaku.

Suatu hari, muncul seorang gadis bernama Medina (Shiqin Kamal) yang berminat dengan rumah tersebut dan telah membayar sewa selama setahun. Dalam masa yang sama tersebar cerita yang Medina adalah hantu menyebabkan berlaku huru hara di dalam kampung tersebut.

Misi Seramedi (TV Okey) | Sinopsis Drama

Abu (Bell Ngasri), Jibon (Acong) dan Khalid (Aidil Aziz) berkawan baik selalu melepak bersama dan adakalanya mereka berkelakuan nakal menganggu orang kampung pada waktu tengah malam. Abu bekerja sebagai penternak, Khalid seorang tukang jahit manakala Jibon pula tidak mempunyai kerja tetap.

Kemunculan Medina di kampung menyebabkan mereka bertiga jatuh hati dengan kecantikan Medina dan cuba menarik perhatian Medna. Dalam masa sama mereka juga turut meragui identiti sebenar Medina.

Adakah Medina bukan manusia seperti hangat dikatakan oleh orang kampung? Siapa antara mereka bertiga yang berjaya menawan hati Medina?

Misi Seramedi (TV Okey) | Sinopsis Drama

Misi seramedi sebuah drama komedi, first episode pun dah kelakar dengan perangai Abu, Jibon dan Khalid yang sibuk jadi hantu kacau orang kampung tapi last-last mereka yang kena ganggu tapi betul ke ada hantu di kampung tersebut?

Medina punya perangai pun aneh-aneh sahaja. Datang pindah rumah waktu malam pastu suka melepak di kubur depan rumah dengan baju putih mahunya orang kampung tak lari tengok dia macam tu. pastu pukul 3 pagi ketuk pintu rumah orang nak hantar nasi lemak untuk promosi bisnes dia. Apa motif Medina sebenarnya? Nak tahu kesudahannya boleh tonton drama Misi Seramedi di saluran TV Okey.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments