Checkmate by Rehan Makhtar | Book Review

Checkmate by Rehan Makhtar | Book Review

Tajuk : Checkmate
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 574
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Disember 2019

SINOPSIS:
Hidup Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garis pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul.

Han korbankan segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi Arissara terus menderita. Kerana itu Han pergi. Dengan syarat Arissara perlu bahagia tanpanya biarpun mereka tahu masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam, melihat manusia melepaskan segala yang berharga.

Kerana takdir telah berkata 'checkmate' dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu tidak dapat mereka elak jauh sekali menolak. Sekali lagi Han menghulur tangan. Kuatkah Arisara menyambutnya?


Review Novel Checkmate

Sebuah kisah pembalasan dendam Hanbali atau Han pada Nash, gadis yang dicintaiinya sejak dari zaman sekolah tapi Nash berubah hati setelah kembali dari luar negara 8 tahun kemudian dan memilih Harith yang merupakan sepupu Han.

Han menggunakan adik Nash iaitu Arissara untuk membalas dendam dengan memikat Arissara. Namun segalanya berubah apabila Han mula jatuh cinta dengan Arissara dan rasa bersalah apabila Arissara menderita kerana dirinya.

Selalunya novel Rehan Makhtar sangat berat dengan emosi dan jalan cerita yang penuh berliku, dia punya pain tu boleh rasa. bila baca buku ni, geram dengan perangai Han sebab dia ni memang gila bila dia nak sesuatu memang dia akan buat sampai dapat tapi pada masa yang sama kesian juga dengan dirinya bila tersingkap sejarah silam hidupnya.

Nash pula terlalu mementingkan diri sendiri, kalau dari awal berterus-terang kepada ibu bapanya mungkin keadaan tak jadi teruk, kesian apabila Arissara dipersalahkan oleh ibu bapa mereka atas segala konflik yang berlaku.

Yang menjadi mangsa di sini adalah Arissara, gagal bercinta masih lagi boleh bangkit tapi bila dipandang sinis oleh ibu bapa sendiri bagi kesan yang mendalam pada Arissara. baca part Ris ni memang sakit hati dengan perangai orang sekeliling dia, sedih betul dengan dugaan yang dihadapinya.

part Han mengorat Ris ni memang comel sanga tapi itulah hero dia memang jahat, dah bagi orang jatuh cinta dengan dia pastu larikan diri pula nasib baik dia cuba perbetulkan balik keadaan. Overall, kisah revenge yang menarik, siapa yang suka novel pain tu bolehlah try baca Checkmate.

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

1 Comments

  1. bagi harapan dekat orang lepastu lari memang ambil masa lama nak maafkan. kesian ris dapat ujian macam ni. orang lain ada dendam tak memasal dia terpalit sekali

    ReplyDelete