Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Cinta Yang Tertangguh
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Amie Maziah
Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 23 Jun 2023
Masa : Jumaat-Ahad | 6.45 Petang
Episod : 26
OST/ Lagu Tema : Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip & Ernie Zakri)
Pelakon : Luqman Hafidz, Sweet Qismina, Laila Nasir, Mustapha Kamal, Halim Radzi, Zoey Rahman, Silfeny Osman, Nina Nadira, Firdaus Gufran, Muaz Fitri, Eryn Gani, Ikhwan Khairudin, Azlina Ismail, Salsabil Quraini

SINOPSIS:
Hubungan Hananiah dengan Afi tidak mendapat restu dari ibu Afi kerana berlainan darjat. Adrish pula bercinta dengan Zakirah namun ibunya, Tengku Raziah tidak suka kerana beranggapan Zakirah mengikis duit anaknya.


Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Diadaptasi dari novel karya Zaza Qry, Cinta Yang Tertangguh mengisahkan percintaan Hanania (Sweet Qismina) dan Afi (Joey Rahman) yang tidak direstui oleh ibu Afi kerana perbezaan darjat antara mereka, lagi pula Hananiah ni cuma bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pelaburan.

Selepas kakak dan abang iparnya meninggal dunia, Hananiah mengambil alih tugas menjaga dua anak saudaranya. Afi ni sebenarnya baik tapi walaupun dia sanggup menggalas tanggungjawab bersama Hananiah menjaga anak saudaranya tapi emak Afi membangkang perkara tersebut.

Apa pilihan yang Hananiah akan buat apabila ibu Afi secara terbuka menghalang hubungannya dengan Afi?

Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Adrish (Luqman Hafidz) pula sangat menyayangi Zakirah (Nina Nadira) sampai sanggup bagi apa sahaja termasuk wang ringgit sebagai tanda kasihnya walaupun Zakirah tidak pernah meminta. Namun hal ini menyebabkan Tengku Raziah (Laila Nasir) mengganggap Zakirah seorang mata duitan yang mahu mengikis duit anaknya.

Kisah cinta Hananiah-Afi dan Adrish-Zakirah sama sahaja terhalang sebab emak pihak lelaki yang terlebih pentingkan darjat.

Walaupun Zakirah ikhlas menyayangi Adrish tapi makin lama makin tawar hati apabila terus dihina oleh Tengku Raziah menyebabkan Zakirah semakin rapat dengan Adi (Ikhwan Khairudin). so bila Adrish dapat tangkap Zakirah bermesraan dengan Adi terus mengamuklah si Adrish ni.

Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Banyak dugaan yang menimpa kakak Hananiah dan abang iparnya, kerana kesalahan orang abang iparnya menjadi mangsa apabila ada kawan dia yang guna nama abang iparnya sebagai penjamin bila pinjam along. yang orang pinjam tu lari tapi yang jadi mangsa abang iparnya. kakaknya pula meninggal dunia kerana mengalami kemurungan yang teruk.

Lepas kakak dan abang iparnya meninggal dunia, Hananiah pula yang jadi mangsa dikejar oleh along. 

Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Lain pula dengan konflik keluarga Adrish. Dato Reza (Mustapha Kamal) diserang strok sehingga lumpuh badan tapi Tengku Raziah mencari pelbagai alasan tidak mahu menjaga suaminya.

Tengku Raziah ni nak cakap orang mata duitan padahal dia sendiri yang mata duitan, suami tengah sakit tapi dia lebih kisah nak pergi bercuti. kalau boleh dia nak kebas harta suami dia sebab takut Dato Reza bagi pada anak tirinya. 

Tapi Adrish pula jenis tak kisah, kalau boleh dia nak jaga ayahnya sehingga sihat dan tak kisah pun kalau abangnya yang dapat lebih harta tapi itulah emaknya yang terlebih tamak dan insecure.

Cinta Yang Tertangguh (TV1) | Sinopsis Drama

Nak dijadikan cerita, geng ahlong semakin melampau mengganggu Hananiah untuk menuntut hutang disebabkan tiada pilihan, kawan baik Hananiah beritahu along yang teman lelaki Hananiah adalah seorang businessman berjaya dan juga jutawan siap masuk majalah lagi (yakni merujuk Adrish yang jadi cover majalah).

Tujuannya nak gertak geng ahlong tapi apa yang berlaku apabila Adrish dapat tahu ada orang menggunakan namanya padahal mereka tak pernah kenal? Apa yang berlaku antara Adrish dan Hananiah?

Nak tahu kesudahannya, boleh tonton drama Cinta Yang Tertangguh lakonan Sweet Qismina dan Luqman Hafidz di slot Widuri TV1.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments