Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey) | Sinopsis Drama

Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Aku, Dia & Pinky Promise
Produksi : Nusantara Seni Karya
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Siaran : TV Okey
Tayangan : 25 Januari 2020
Episod : 20
Pelakon : Sweet Qismina, Syafie Naswip, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Duerra Mitilda, Diya Lily, Amisha, Kay Maria, Azhar Amir


Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Aku, Dia & Pinky Promise

Diadaptasi dari novel karya Anna Lee, Aku Dia & Pinky Promise mengisahkan Saleha (Sweet Qismina) yang berusia 33 tahun sedang bersiar-siar di Bukit St John, Melaka terjatuh lalu kembali ke tahun 2009 di mana dia bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut.

Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk perbetulkan kesilapan masa lalunya antaranya menukar kelas dari aliran sains ke sastera dan memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. Dalam masa yang sama juga, Saleha mahu mencari tunangnya iaitu Daniel (Adam Lee). Saleha percaya dengan mengubah masa lalunya, kehidupannya di masa hadapan menjadi lebih baik.

Ramai yang mempertikaikan keputusan Saleha memandangkan SPM berbaki beberapa bulan lagi namun dia tegas dengan pendiriannya walaupun dimasukkan ke kelas paling hujung yang kemudiannya bertemu dengan Azri (Syafie Naswip), pelajar paling nakal di sekolah tersebut.

Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey) | Sinopsis Drama

Kehadiran Saleha di kelas tersebut tidak disukai Azri kerana dia syak Saleha menjadi spy cikgu untuk mengawal tindakannya. Namun kerana satu insiden, Azri dan Saleha mula berkawan baik dan kerana satu pinky promise juga Azri terpaksa menjadi guardian angel Saleha.

Walaubagaimanapun, Saleha pelik kerana tidak mengingati kewujudan Azri pada masa lalunya. Hal ini membuatkan dia tertanya-tanya siapakah sebenarnya Azri. 

Apakah sebenarnya terjadi, adakah kewujudan Azri akan mengubah kehidupan Saleha pada masa hadapan?

Baca juga: 

Post a Comment

0 Comments