Under The Skin (2022) | Review Chinese Drama

Under The Skin (2022) | Review Chinese Drama

Title : Under The Skin
Director : Xing Jian Jun
Screenwriter : Wu Yao, Zhang Min, Jia Dong Yan
Network : iQIYI
Release Date : 6 March 2022
Episodes : 20
Duration : 45 minutes
Genre : Thriller, Mystery
Cast : Tan Jian Ci, Jin Shi Jia, Zhu Jia Qi, Lu Yan Qi, Baby Zhang, Qin Hai Lu, Wang Qing, Wang Ya Ting

SYNOPSIS:
The young painter Shen Yi resigned from the Academy of Fine Arts and entered Haicheng Public Security Bureau mysteriously. Interpol Captain Du Cheng was furious and said that he would never accept those who caused his comrade to be killed in the police force.

Five years later, the guilt became heavier. In order to find out the truth, Shen Yi accepted the invitation of Director Zhang of the Public Security Bureau and became a portraitist of the Interpol Team. Under Zhang Ju’s persuasion and arrangement, Du Cheng had to accept that he became a colleague with Shen Yi, but he was still full of annoyance and despised Shen Yi’s “drawing to solve cases,” and the two became the “ticking bomb” in the team.

Under The Skin (2022) | Review Chinese Drama

Shen Yi (Tan Jian Ci) seorang pelukis berbakat, suatu hari ada seorang wanita minta dia melukis potret seorang lelaki berusia 30 tahun berdasarkan gambar seorang kanak-kanak. 

Kerana potret yang dilukisnya juga, lelaki tersebut menjadi mangsa pembunuhan dan kes tersebut tidak dapat diselesaikan apabila polis tidak menemui sebarang bukti manakala Shen Yi yang menjadi saksi penting tidak dapat mengingati wajah wanita yang terlibat dalam kes tersebut.

Kerana rasa bersalah juga, Shen Yi sanggup melupakan impiannya untuk menjadi pelukis terkenal. Selepas lima tahun, Shen Yi menjadi anggota polis yang bertugas sebagai forensic artis dan dia mahu menggunakan kepakaran dia untuk membantu lebih ramai orang.

Under The Skin (2022) | Review Chinese Drama

Lelaki yang terbunuh itu sebenarnya seorang anggota polis bernama Lei Yi Feng yang menjadi target satu sindiket kes pemerdagangan manusia. Walaupun identiti Lei Yi Feng dilindungi ntah macam mana geng ni jumpa gambar kanak-kanak Haicheng dan minta Shen Yi melukis.

Du Cheng (Jin Shi Jia) yang rapat dengan Lei Yi Feng rasa marah dan sedih sangat dengan kematian tragis rakan sepasukannya.  Cuma Shen Yi sahaja yang pernah bertemu dengan geng tersebut tapi Du Cheng bertambah bengang bila Shen Yi tak dapat mngingati wajah wanita tersebut.

Selepas bertemu semula lima tahu kemudian, Du Cheng tak boleh terima kehadiran Shen Yi dalam pasukannya dan meragui bakat Shen Yi lagi pula sekarang polis banyak guna digital untuk lukis muka penjenayah, dia tak rasa Shen Yi boleh membantu pasukan mereka.

Tapi selepas menyelesaikan beberapa kes bersama, tanggapan Du Cheng terhadap Shen Yi mula berubah. Dalam satu sisi yang lain, Du Cheng nampak Shen Yi try hard sampai pergi jumpa pakar psikiatri untuk mengingati muka pembunuh Lei Yi Feng. slowly hubungan mereka bertambah baik dan semakin rapat bekerjasama dalam menyelesaikan kes yang ada.

Under The Skin (2022) | Review Chinese Drama

Plot dan jalan cerita drama Under The Skin sangat menarik sebab dia gabungkan seni dan penyiasatan. Tugas Shen Yi bukan setakat lukis potret dia macam profiler juga, kadang ada kes yang Shen Yi boleh point klu yang penting yang anggota lain terlepas pandang.

contoh macam cctv yang nampak normal tapi Shen Yi  boleh tangkap cctv tersebut sudah dmanipulasi berdasarkan faktor percahayaan. hahaha tengok drama ni kadang aku pun tak faham sangat apa yang Shen Yi membebel sebab kita ni jenis buta seni tak nampak perbezaan yang Shen Yi cuba beritahu.

Menarik juga bila Shen Yi boleh lukis wajah yang terlindung dan tengkorak berdasarkan structure bentuk muka. Du Cheng percayakan Shen Yi sampai dia cakap mereka boleh dapat result lagi cepat kalau suruh Shen Yi lukis dari guna komputer. kiranya bakat Shen Yi sangat  gifted.

Under The Skin (2022) | Review Chinese Drama

Jalan cerita semakin menarik apabila mereka sudah semakin hampir untuk menjejaki dalang di sebalik pembunuhan Lei Yi Feng tapi lain pula berlaku apabla mereka cuba menjadikan Du Cheng sebagai kambing hitam. Kat sini boleh nampak teamwork pasukan polis bekerjasama untuk membersihkan nama Du Cheng seterusnya menangkap penjenayah terbabit.

so overall, Under The Skin sebuah drama penyiasatan yang menarik dan fresh sebab jarang tengok drama penyiasatan yang fokus pada forensic art, rekomen sangat untuk yang minat drama misteri dan penyiasatan.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. plot dah best tapi endingnya mcm nak ada season 2..yg ntah bila akan muncul..

    ReplyDelete
  2. Drama top kat iQIYI tahun lepas. Complicated tapi puas sebab setiap episod sangat saspens. Harap-harap ada season 2 nanti.

    ReplyDelete