Hijrah Jannah (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Hijrah Jannah (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Hijrah Jannah
Produksi : MIG Production
Pengarah : Feroz Kader
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 5 Jun 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 40
OST/ Lagu Tema : Fajar (Wani Kayrie)

Saksikan drama Hijrah Jannah yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif di slot Tiara Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Hijrah Jannah (Astro Ria) | Sinopsis Drama

‘Hijrah Jannah’ memaparkan polemik perkahwinan serta tugas dan tanggungjawab lelaki sebagai suami di dalam kerangka poligami. Drama kali ini turut memberi penekanan terhadap penerimaan golongan mualaf di kalangan keluarga dan masyarakat.

Remy Ishak turut membuat penampilan pertamanya di slot Tiara sebagai Syawal, hero drama rantaian ini. Pertaruhan kali ini turut melihat Puteri Sarah memegang watak antagonis, Munirah yakni isteri kedua Syawal manakala pelakon jelita, Daniella Sya memegang watak utama, Jannah/Janet. ‘Hijrah Jannah’ turut didukung oleh pelakon-pelakon hebat seperti Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah, Daniel Fong, Angeline Tan, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

Hijrah Jannah (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Hijrah Jannah

  • Daniella Sya sebagai Jannah/ Janet
  • Remy Ishak sebagai Syawal Fitri
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Munirah
  • Khalidah Atlibah sebagai Puan Sri Rafidah
  • Daniel Fong sebagai Danial
  • Ezaidi Aziz sebagai Zakri
  • Hanna Halim sebagai Zahra
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Erynn Abdullah sebagai Medina
  • Rahim Jailani sebagai Tan Sri Shaharudin
  • Angeline Tan sebagai Puan Lian
  • Kenji Sawahi sebagai Encik Kiat


Sinopsis Drama Hijrah Jannah

Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri, Janet memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu Syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu. 

Setiap langkah Janet, kini Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena. Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. 

Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja. Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah. 

Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu. Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

Post a Comment

0 Comments