Bila Tiba Saatnya (TV3) | Sinopsis Telefilem

Bila Tiba Saatnya

Telefilem : Bila Tiba Saatnya
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Siaran : TV9
Tayangan : 8 Mei 2023
Masa : Isnin | 8.30 Malam
Pelakon : Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Kodi Rasheed, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee, Kamal Ibrahim, Jay Iswazir, Zulkifli Ismail

Bila Tiba Saatnya

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Mengisahkan dua orang lelaki yang meninggal dunia pada malam yang sama di tempat yang berlainan tetapi dikebumikan di kampung halaman yang sama.

Lelaki pertama adalah Rosman lakonan Syazwan Zulkifly, yang suka mencuri barang termasuk duit tabung masjid. Rosman juga pernah disumpah oleh ibunya jika dia mencuri duit tabung masjid maka dia akan reda jika Allah mencabut nyawanya di masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan, dia telah meninggal dunia tanpa sempat bertaubat.

Manakala Nazim (Nazim Othman) pula mati di sebuah pusat karaoke kerana dipukul oleh seorang samseng dengan botol arak. Nazim ke situ kerana hendak membawa kawan baiknya melawat anaknya yang sedang tenat di hospital. Nazim sebelum ini seorang kaki botol tapi telah bertaubat dan berubah menjadi suami yang lebih bertanggungjawab.

Post a Comment

0 Comments