Batik Zakiah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Batik Zakiah (TV3)

Telefilem : Batik Zakiah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Siaran : TV9
Tayangan : 15 Mei 2023
Masa : Isnin | 8.30 Malam
Pelakon : Eyka Farhana, Amyza Aznan, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Rusdi Ramli, Noralbaniah, Laila Nasir, Azar Azmi, Asry Azizan

Saksikan telefilem Batik Zakiah yang ditayangkan semula pada 15 Mei ini, hari isnin jam 8.30 malam di TV9.

Batik Zakiah (TV3)

Sinopsis Telefilem Batik Zakiah

Mengisahkan kehidupan Zakiah (Eyka Farhana) yang penuh dugaan apabila mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan namun menjadi isteri kedua bukannya mudah.

Zakiah dilayan dingin oleh madunya dan dibiar menjadi orang gaji di rumah sendiri sehinggalah Zakiah melahirkan anaknya yang diberi Hanim. Sebaik sahaja Hanim dilahirkan, Zakiah telah diceraikan oleh suaminya dan Hanim diambil ketika berumur 6 bulan. Hal ini menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan, hanya sehelai kain batik menjadi pengubat rindu pada anaknya.

Setelah bertahun terpisah, Zakiah cuba mencari semula anaknya dengan bantuan seorang jururawat bernama Liyana. Namun apakah yang terjadi disebalik kain batik itu? Adakah Zakiah dapat bertemu kembali dengan anaknya? Bagaimana penerimaan Hanim? 

Kisah yang pastinya penuh pengajaran ini pastinya dapat menambahkan lagi keinsafan masyarakat terhadap pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan anak-anaknya. Saksikan kesudahannnya dalam telefilem Batik Zakiah di TV9.

Post a Comment

0 Comments