Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

Yali Capkini (2023) | Review Turkish Drama

Title : Yali Capkini (Golden Boy)
Production Company : OGM Pictures
Director : Burcu Alptekin
Screenwriter : Mehmet Baris Gunger
Release Date : 23 September 2022
Episodes : Ongoing
Cast : Afra Sara├žoglu, Mert Ramazan Demir, Beril Pozam, Cetin Tekindor, Serif Sezer, Gulcin Santircioglu, Emre Altug, Gozde Kansu, Ersin Arici, Oznur Serceler

SYNOPSIS:
Ferit, the son of a wealthy family, is famous for his debauchery. His grandfather Halis Aga, therefore, took a decision when the police raided his house and decided to take the daughter of a family they are close to from his hometown Gaziantep as a bride for his grandson.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

Yali Capkini mengisahkan Ferit (Mert Ramazan Demir), cucu kepada Halis Korhan, sebuah keluarga terpengaruh di Instanbul yang juga kaki perempuan.

Suatu hari telah berlaku kekecohan besar yang menyebabkan Halis Agha mahu Ferit berkahwin sebagai hukuman, dengan harapan Ferit berubah dan menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab. Agha mengarahkan orangnya, Ifakat untuk mencari gadis dari kampung halamannya di Gaziantep sebagai calon isteri Ferit.

Ifakat telah memilih Suna (Beril Pozam) yang merupakan anak sulung kepada Kazim yang juga orang kaya yang memiliki banyak hartanah di Gaziantep.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

Pada hari Ferit dan keluarganya pergi merisik lain pula yang terjadi apabila Ferit memilih Seyran (Afra Sara├žoglu), adik kepada Suna. Sebabnya sebelum pergi ke rumah Suna, Ferit ada terserempak dengan Seyran so dia lebih tertarik dengan Seyran.

Walaupun calon bertukar saat akhir tapi Karim tetap menerima pinangan Ferit pada Seyran. kesannya Suna kecewa dan malu nak berdepan dengan penduduk sekitar situ sebab  semua orang tahu keluarga Ferit memilih Suna tapi tiba-tiba adiknya yang dipinang.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

Ferit dan Seyran sebenarnya terpaksa bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Ferit terpaksa akur dengan arahan datuknya kalau tak nak berdepan dengan masalah kewangan. Manakala Seyran pula bercita-cita untuk menyambung pelajaran tapi terpaksa bersetuju kerana takut dengan bapanya.

Pada malam perkahwinan, Ferit memberitahu Seyran yang dia tidak bersedia dengan perkahwinan mereka tambahan pula Ferit sudah mempunyai kekasih bernama Pelin. Apa lagi pilihan yang Seyran ada selain pasrah dan menerima keadaan tersebut.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

bagi aku plot drama Yali Capkini tak ada beza sangat dengan drama turki yang aku tengok sebelum ni. paling annoying bila kedua-dua keluarga ni sangat toxic.

Dalam keluarga Ferit, Agha sangat berkuasa dalam mengawal setiap ahli keluarganya. kalau ada yang ingkar arahan dia memang sengaja cari nahas. Dalam rumah tersebut, ada banyak peraturan yang setiap ahli keluargany wajib ikut.

Dalam keluarga Ferit setiap individu ada rahsia tersendiri, macam bapa Ferit yang nampak loving couple dengan emaknya tapi sebenarnya dalam diam curang dengan Ifakat. aku tak sure siapa sebenarnya Ifakat ni sama ada isteri Agha atau saudara sebab subtitle dia pening sikit.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

lain pula dengan kisah keluarga Seyran. Keluarga Karim salah satu keluarga terkaya di Gaziantep kerana memiliki banyak hartanah hakikatnya bisnes Karim merosot dan hampir bankrup tapi Karim tetap juga nak tunjukkan kepada masyarakat yang keluarga mereka golongan kayangan.

Kesian pada Seyran, Suna dan ibu mereka yang macam orang gaji dalam rumah sendiri, bapa dia makan sedap tapi anak-anak kena catu dan makan lebihan makanan. Seyran sangat rapat dengan kakak dan emaknya tapi trauma dengan Karim yang tak pernah layan mereka macam anak kandung disebabkan mereka anak perempuan, salah sikit teruk mereka kena pukul.

aku tak suka drama ni sangat diskriminasi pada golongan wanita bila perempuan kena duduk diam dalam rumah dan tunggu masa berkahwin, lelaki pula dilayan bagai raja dan buat apa yang mereka suka. kesian dengan Seyran sebab dia nak sambung study tapi tak dapat, bila kahwin dengan keluarga Ferit tak ada siapa yang tanya dia apa perancangan masa depan selain disuruh duduk diam dalam bilik dan ikut segala peraturan dalam rumah tersebut.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

Dalam perhubungan mereka, Seyran selalu tunjuk protes pada Ferit dari sebelum berkahwin lagi tapi depan kedua keluarga memang dia tunduk diam terpaksa akur dengan keadaan. 

Ferit pula aku rasa watak dia tak consistent, kejap baik concern giler dengan Seyran tapi kejap tak habis cari gaduh. scene yang aku tak suka bila dia tak hormat Seyran sebagai isterinya, tak kisahlah kena kahwin paksa ke apa tapi bila dia bawa Pelin dating dalam bilik tidur mereka nampak sangat tak hormat langsung privasi Seyran.

Yali Capkini (2022) | Review Turkish Drama

aku tengok drama ni sampai episode 4 pastu malas nak sambung sebab menyampah sangat dengan perangai lelaki dalam cerita ni terutama sekali bapa Seyran yang materialistik dan layan anak perempuan macam sampah. 

tapi paling menyampah bila penulis downgrade golongan wanita. penat bila tengok watak Seyran terpaksa tunduk depan keluarga mereka terima segala suratan kebetulan tanpa dapat suarakan impian dia. aku kesian juga dengan Suna jadi mangsa fitnah macik bawang disebabkan keluarga lelaki tolak dia dan pilih adiknya. 

aku tak faham apa mesej yang cuba disampaikan tapi bila tengok drama ni buat aku rasa teruk sangat jadi perempuan. pendek cakap drama ni banyak toksik.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments