Drama : Jalan "Sesat" Ke Syurga
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 3 Ogos 2020
Episode : 35
OST/ Lagu Tema : Luka (Madam)
Pelakon : Siti Elizad, Aaron Aziz, Jalaluddin Hassan, Aleza Shadan, Zul Helmy, Nelissa Nizam, Zalfa Zin, Syrul Ezwan
Jalan Sesat ke Syurga mengisahkan Inara lakonan Siti Elizad yang telah disahkan meninggal dunia akibat overdose dadah telah hidup semula. Zakwan (Jalaluddin Hassan) dan Asyirah (Aleza Shadan) yang merupakan orang berpengaruh dalam masyarakat menggunakan situasi yang berlaku pada anak mereka untuk kepentingan mereka yang kononnya Inara merupakan insan terpilih.
Selepas peristiwa tersebut, Inara yang suka berpeleseran telah banyak berubah dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam seperti belajat solat dan membaca al-quran.
Konflik Inara sebenarnya dengan ibu bapanya sebab walaupun mereka melakukan suruhan agama tapi pendapat dan cara mereka itu banyak bercanggah. Hal ini juga yang menjadi dilema buat Inara. actaully drama ini banyak sentuh mengenai ajaran sesat yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Puan Asyirah selalu mengajak Inara menyertai aktiviti yang dianjurkan persatuannya iaitu Hawa Islam. So, Inara join tazkirah yang disampaikan oleh ibunya sendiri tapi dia pula yang jadi keliru apabila benda yang disampai dan dibincangkan dalam kumpulan ini bercanggah dengan ajaran Islam.
Hawa Islam ni sebuah kumpulan islam yg memperjuangkan hak wanita iaitu lelaki dan wanita adalah setaraf. part ni macam cover isu Amina Wadud yg pernah menimbulkan kontroversi satu ketika dulu bila wanita manjadi imam solat jumaat kepada makmum lelaki.
setakat Puan Asyirah bagi tazkirah dan ceramah tu, Inara boleh terima lagi. tapi bila Puan Asyirah jadi imam kepada makmum lelaki dan perempuan yang bercampur terus dia jadi takut kerana tahu perkara itu salah. good thing Inara ni masih tahu basic agama sebab tu dia tahu Puan Asyirah dan kumpulan Hawa Islam ni dah jauh terpesong.
Lain pula Tuan Zakwan yang aktif dengan Gerakan Elit dan selalu dipanggil memberi cerama kepada masyarakat setempat. Gerakan Elit luarannya nampak normal yg bercakap pasal Islam tapi aku perasan part bapa Inara cerita kisah mati hidup Inara tu, bunyi macam takabbur pula.
tapi setiap episode boleh nampak memang ada benda tak kena dengan kumpulan. dalam Gerakan Elit, lelaki guna kuasa veto tak membenarkan isteri kerja supaya para isteri taat dan patuh pada suami. sebab itu, Puan Asyirah kalau depan Zakwan bukan main taat dan diam patuh. kiranya depan suami pijak semut pun tak mati tapi di luar kemain lantang bercakap mengenai hak wanita.
Inara bertuah apabila dipertemukan dengan Hamzah (Aaron Aziz) dan dapat belajar banyak benda. Hamzah yang dulunya seorang penagih kini telah berubah dan membuka sebuah kafe untuk membantu golongan penagih yang ingin bersih dari pengaruh dadah.
Puan Asyirah menghalang hubungan Inara dan Hamzah kerana latar belakang Hamzah yang takut membawa pengaruh buruk kepada anaknya. Manakala Tuan Zakwan pula merestui hubungan anaknya kerana Tuan Zakwan ada agenda sendiri iaitu untuk menarik Hamzah masuk dalam Gerakan Elit.
plot dan jalan ceritanya agak menarik dan sentuh isu sensitif mengenai ajaran sesat. tapi kalau jadi Inara seram juga sebab kiri kanan orang menghasut untuk join fahaman yang salah. apa yang disampaikan dalam drama ni jangan terpengaruh tapi bagus dijadikan iktibar dan pengajaran.
0 Comments