Quran Pondok Buruk (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Quran Pondok Buruk (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Quran Pondok Buruk
Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 1 Syawal
Masa : 10.00 Pagi
OST/ Lagu Tema : Pusara Usang (A.Hafis)
Pelakon : Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Vanidah Imran, Iman Zulkarnain, Myra Zareil

Quran Pondok Buruk merupakan kesinambungan daripada telefilem Pondok Buruk 1 dan Pondok Buruk 2. Saksikan telefilem Quran Pondok Buruk lakonan Rosyam Nor, Fauziah Nawi dan ramai lagi pada hari raya pertama, jam 10.00 pagi di Astro Ria.

Quran Pondok Buruk (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Quran Pondok Buruk

Mengisahkan Usop lakonan Rosyam Nor yang pernah berdosa kini berusaha untuk menjadi lebih baik namun diuji dengan perpecahan dan keluarganya kini melakukan dosa-dosa yang lebih kurang sama seperti masa lampaunya. 

Ujian berat ini menjadikan Usop hampir terkandas sehingga mengamuk dan membakar pondok buruk tempat dia bermunajat kerana marah pada tuhan. 

Kejadian itu hampir meragut nyawa isterinya, Som dan kembali membuat Usop sedar yang dia perlu terus berusaha untuk menyatukan kembali keluarganya dan membantu anak-anaknya kembali ke jalan yang benar.

Post a Comment

0 Comments