Pontianak 100KG (Tonton) | Sinopsis Telefilem

Pontianak 100 KG (Tonton) | Sinopsis Telefilem

Filem : Pontianak 100 KG
Produksi : MIG Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Siaran : Tonton
Tayangan : 5 April 2023
Pelakon : Aya Amiruddin, Mark Adam, Wanns Ahmad, Mathni Razak, Ady Mohamad, Afifah Nasir, Kazar Saisi


Pontianak 100 KG (Tonton) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Pontianak 100 KG

Mengisahkan Melati lakonan Aya Amiruddin, seorang gadis cantik yang suka makan kemudiannya ditemui mati dalam keadaan lapar kerana ibunya menghabiskan makan kegemarannya iaitu telur ikan parang. Melati berubah menjadi pontianak mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan mereka sehingga beratnya mencecah 100 kg.

Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh penduduk kampung yang diketuai Pak Bayang (Kazar Saisi) dalam menyelesaikan isu ini, namun tiada yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung berkenaan.

Dharma (Mathni Razak), Salleh (Mark Adam) dan Malik (Wanns Ahmad) merupakan pemuda-pemuda kampung yang sama sekali tidak membantu dalam memberikan sumbangan idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah itu. Kehadiran Jibam (Ady Mohammad) yang lebih proaktif bagai memberi sinar kepada Pak Bayang, namun muncul pula konflik lain.

Persoalannya, berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG ini?

Post a Comment

0 Comments