Bahulu Untuk Opah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Bahulu Untuk Opah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Bahulu Untuk Opah
Produksi : ZK Creative Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 17 Jun 2018
Pelakon : Remy Ishak, Ruminah Sidek, Esma Daniel, Nada Syuhada

Bahulu Untuk Opah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Bahulu Untuk Opah

Mengisahkan Badrul seorang bekas banduan kembali ke kampung untuk menjaga opahnya, Halimah.  Badrul telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana mencuri. Walaupun sering dicaci, dia nekad untuk menyara hidup opahnya yang mempunyai sakit nyanyuk atau Alzheimer.

Badrul sukar mencari pekerjaan kerana statusnya sebagai bekas banduan. Dia kemudiannya teringat masakan kegemaran opah dan terjumpa resepi opahnya membuat bahulu.

Sejak hari itu, Badrul berusaha membuat bahulu sehingga jadi dan mula berniaga di kampungnya. Perniagaan kecil Badrul mendapat sambutan daripada penduduk setempat namun sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

Post a Comment

0 Comments