Astro Kasih Bersama Selebriti Tempatan Agihkan 1000 Bubur Lambuk di Masjid Nurul Ehsan

Astro Kasih Bersama Selebriti Tempatan Agihkan 1000 Bubur Lambuk di Masjid Nurul Ehsan

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini. Astro Kasih dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya telah menyediakan juadah Bubur Lambuk sebanyak 1000 bungkus kepada komuniti di sekitar kawasan penduduk yang disertai oleh barisan pelakon dan selebriti tempatan termasuk Duta Kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.

Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran daripada personaliti-personaliti Astro Radio termasuk Fazziq (ERA), Putra (SINAR), Rea (GEGAR), Lin Ariffin (ZAYAN), Raianna (Go Shop) dan penampilan pelakon dan selebriti Hawa Rizwana dan Wafiy Ilhan.

Astro Kasih Bersama Selebriti Tempatan Agihkan 1000 Bubur Lambuk di Masjid Nurul Ehsan

Turut diraikan ketika menghadiri majlis ini ialah anak-anak dan ibu tunggal dari 2 Persatuan Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal: Hajah Kamariah dan Nur Hikmah yang menghimpunkan seramai 120 orang untuk sesi tazkirah dan ceramah yang disediakan oleh pihak Astro Kasih, bertempat di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan Petaling Jaya.

Penganjuran program adalah inisiatif pihak Astro Kasih untuk mendekati komuniti setempat dan sejajar dengan slogan Ramadan tahun ini #BukalahHati.

Post a Comment

0 Comments