Review Movie | Biko (Netflix)

Review Movie | Biko (Netflix)

Filem : Biko
Produksi : Multimedia Film Productions Sdn Bhd
Pengarah : Teng Bee
Penulis Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera
Tayangan : 13 Oktober 2022
Durasi : 1 jam 37 minit
Pelakon : Azrel Ismail, Syed Irfan, Baby Shima, Sara Ali, Josiah Hogan

Filem Biko baru keluar tahun lepas di pawagam, aku pun tak tahu filem ni pasal apa kalau tak keluar di Netflix memang sure takkan tengok. so dah alang-alang dah tertengok aku buat review pendek.

Review Movie | Biko (Netflix)

SINOPSIS:
Izwan (Azrel Ismail) adalah seorang bapa tunggal yang telah lama mengimpikan kehidupan yang selesa untuk anaknya, Biko (Syed Irfan). 

Sebagai seorang pemandu lori, Izwan berusaha untuk membeli sebuah rumah namun setelah ditipu seorang broker, impian memiliki rumah kini tertangguh. Keadaan jadi semakin rumit apabila mereka telah dihalau keluar daripada rumah sewa mereka kerana gagal membayar sewa.

Kerana kesimpitan wang, Izwan dan Biko terpaksa menetap di dalam lori. Sherry (Sara Ali), rakan baik Izwan serta ibu angkat Biko, membawa Biko ke uji bakat penggambaran muzik video penyanyi popular antarabangsa, Sara (Baby Shima).  Tanpa diketahui oleh orang lain, Izwan dan Sara mempunyai kisah silam bersama.

Review Movie | Biko (Netflix)

Baca juga : Filem Love Destiny The Movie lakonan Pope Thanawat dan Bella Vanita kini ditayangkan di Netflix


plot dan jalan cerita filem Biko sebenarnya not bad tapi masalahnya klise sangat. aku rasa macam macam pernah jumpa storyline macam ni tapi tak ingat filem apa. filem zaman 90-an famous la dengan kisah agung cinta last-last lepas kahwin tak sanggup hidup susah, tinggal anak dan suami untuk kejar cita.cita.

filem ni supposedly sedih dengan ending dia pasal pengorbanan Izwan sebagai bapa tapi itulah bila benda klise, nak feeling pun jadi cringe..haha. sepatutnya cite macam ni cukuplah sekadar dijadikan telemovie untuk tayangan di tv.

Post a Comment

0 Comments