Program Terbaik di RTM Sepanjang Ramadan 2023

Program Terbaik di RTM Sepanjang Ramadan 2023

Seiring tema diketengahkan Berkat Ramadan, RTM menerusi saluran utama TV1, TV2, Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan 34 stesen radio menghayati Ramadan ini dengan 25 program baharu berbentuk keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas. Pengisian program khas ini memeta ke arah Masyarakat Madani yang bertamadun serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Saluran utama TV1 menyediakan pengisian program kerohanian dan keagamaan menerusi “Tadarus Al-Quran”, sepanjang Ramadan iaitu pukul 12.30 tengah malam dan pukul 4.30 pagi dan “Siaran Langsung Solat Sunat Tarawih Dari Mekah” bersiaran pukul 2.00 pagi.

Tahun ini RTM mengekalkan siaran program dokumentari “Syadahah” yang memasuki edisi ke-17, dengan membawa penonton menyelusuri keindahan Islam dalam konteks kasih sayang selain persoalan komuniti terhadap cara hidup Islam di Malaysia. Mengangkat tema Nur Kasih, ikuti siarannya mulai 23 Mac 2023, pukul 6.15 petang (siaran ulangan pukul 4.00 pagi) di TV1 dan pukul 11.30 malam di Berita RTM juga mulai 27 Mac, pukul 11.30 malam di saluran Okey.

Program Terbaik di RTM Sepanjang Ramadan 2023

Saksikan siaran langsung program bual bicara interaktif, “Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini”, mulai 22 Mac 2023, pukul 7.00 petang di TV Okey sepanjang bulan Ramadan bersama hos Amin Idris dan Khir Rahman di samping tetamu undangan yang menampilkan asatizah yang berkreadibiliti mengupas topik pilihan berkaitan Ramadan, motivasi, kerohanian dan kesihatan.

Drama bersiri terbaik mulai 23 Mac 2023 mengisi slot Widuri, “Kau? C.E.O Aku?” (setiap hari, pukul 6.45 petang), dan slot Seleksi Widuri bertajuk “Sampai Jadi” mulai 18 April ini (setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 petang). Kau? C.E.O Aku? lakonan Azrel Ismail, Puteri Aishah, Neera Azizi, Syazwan Zulkifli, Talha Harith, dan Siti Harieza mengisahkan Aisya yang berkahwin dengan Danial atas pilihan keluarga namun kehadiran Mila, kawan baik Danial cuba mengganggu perkahwinan mereka. Manakala konflik dalam Sampai Jadi pula kisah tiga pemuda iaitu Azlan, Illias dan Aboy berkongsi dugaan mencabar tinggal di ibu kota lakonan Raja Atiq, Alif Muhaimin, Azizul Ammar dan Hazman Al-Idrus.

Peminat Panggung RTM nantikan telefilem eksklusif disiarkan setiap Sabtu, pukul 9.00 malam iaitu “Matin” (25 Mac), “Rumah Cinta Kasih” (1 April), “Senaskah Braille” (8 April) dan “Memintas Al-Qadar” (15 April).

Ikuti juga siaran program dokumentari yang memberi informasi berkaitan institut tahfiz yang melahirkan hafiz dan hafizah berjaya mulai 23 Mac iaitu “Hufaz” disiarkan setiap hari, pukul 4.05 petang. Turut disediakan program travelog masakan iaitu “Kongsi Rezeki” mulai 23 Mac ini, setiap Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat), pukul 1.30 tengah hari dan program berkongsi menu iftar iaitu “Daput Iftar Cef Fikree” sepanjang Ramadan mulai 23 Mac, pukul 4.30 petang.

Saluran TV2 pula menghadirkan doku-drama khas “La Tahzan” mulai 24 Mac ini, setiap hari, pukul 2.30 petang, berkongsi kisah kehidupan manusia yang tersasar daripada kebenaran dan cuba untuk memperbaiki sahsiah juga akidah berlandaskan ajaran agama Islam. Ia menampilkan pelakon Salina Saibi, Sabrina Ali, Jabir Meftah, Ungku Hariz, Nina Khoo dan Farid Amirul.

Program Terbaik di RTM Sepanjang Ramadan 2023

Ikuti drama kekeluargaan “Abang Muazzin” lakonan Amar Ashraf, Nazeera Sardi, Kuna, dan Aishah Atan, mulai 23 Mac ini, setiap hari, pukul 6.00 petang membawakan kisah muazzin muda berdepan dengan ketegasan imam dan segelintir masyarakat yang sangat mementingkan imam jemputan namun dengan bantuan seorang gadis, peluang Muazzin yang belajar di sekolah tahfiz untuk menjadi imam diterima serta niatnya untuk mengukuhkan ekonomi mereka bagi menyambung pelajaran di Mesir menjadi kenyataan.

Bersama hos Nen Tebabo dan Akhmal Nazri dalam program travelog masakan Ronda-Ronda Ramadan (Musim 2) terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM mulai 23 Mac ini, Isnin hingga Jumaat, pukul 2.00 petang berkonsepkan menjelajah seluruh negara mencari tempat makanan yang popular dan unik untuk juadah berbuka puasa dan sahur.

Santai bersama program hiburan khas menampilkan kumpulan nasyid legenda tanah air iaitu “KMI: Kembara Nasyid Raihan” pada 8 April ini, pukul 9.00 malam dengan seleksi lagu-lagu nasyid yang terkenal seantero dunia juga kemunculan artis jemputan Naim Daniel.

Saksikan juga dua telemovie iaitu “Mualaf Ekspress”, pada 10 April ini, pukul 9.00 malam, lakonan Daniel Fong, Harissa Adlin, Nazia Mustafar, Ropie dan Dato’ Awie juga tajuk “Telah Aku Halalkan” pada 17 April ini, pukul 9.00 malam yang mengetengahkan pelakon utama Ainina Ahmad B, Puteri Balqis, Wan Sharmila, dan Jay Iswazir.

Program Terbaik di RTM Sepanjang Ramadan 2023

Sementara itu saluran Okey menyantuni penonton setia salurannya dengan drama bersiri baharu, “4 Musim Cinta” menggandingan pelakon utama Atiq Azman dan Hanna Aqeela. Turut berlakon Daler Yusuf, Amy Tinie, Nazia Mustafar, Amyza Aznan, Shamsul Ghau Ghau, Haziq Haiqal, Neera Azizi dan Keith Foo. Drama menarik ini menemui penonton mulai 27 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam.

Menyusul program baharu iaitu travelog, “Buka Puasa Ala Joey” mulai 24 Mac, Jumaat hingga Ahad, pukul 5.30 petang dimana hos Joey mencari pelbagai tempat menarik untuk berbuka puasa dengan memperkenalkan pelbagai jenis masakan lazat. Program majalah “Sajian Ramadan Selebriti” pula disiarkan mulai 23 Mac, Selasa hingga Khamis, pukul 11.00 pagi dimana hos Sarah Hilderbrand bersama selebriti undangan berkongsi cabaran memasak di sebuah lokasi percutian.

Pengisian tujuh program khas sepanjang Ramadan menerusi Berita RTM iaitu “Syahadah”, “Di Sebalik Rukun”, “Figura Akhir Zaman”, “Pemakanan Semasa Ramadan”, “Pakej Berbuka Di Mana”, “Marhaban Ya Ramadan” dan “Persiapan Raya”.

Saluran Sukan RTM turut menarik perhatian dengan menjanjikan tujuh program termasuklah “Kejohanan Siaran Langsung: Bola Sepak Liga Super 2023”, “Kejohanan Siaran Langsung: Perlumbaan MotoGP 2023”, “Siaran Langsung: Bual Bicara – Planet Sukan”, “Majalah Sukan: Terbitan RTM Sekilas Liga 2023”, “Aksi 2023”, “Sukan Lejen 2023”, dan “Juara Maya”.

Post a Comment

0 Comments