Special Force: Anarchy (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Special Force: Anarchy (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Special Force: Anarchy
Produksi : Skop Production
Pengarah : Syafiq Yusof
Penulis Skrip : June Tan, Nazri Vovinski
Siaran : Disney+Hotstar/ Astro Ria
Mula Tayangan : 14 Januari 2023
Episod : 7
Pelakon : Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theebaan G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari, Daniella Sya

Special Force: Anarchy sebuah siri original Disney+Hotstar yang pertama dari Malaysia akan ditayangkan mulai Februari ini di Astro Ria pada setiap hari sabtu jam 7.00 malam.

Diinspirasikan dari filem aksi popular, 'KL Special Force', drama siri aksi terbaharu ini diterbitkan oleh Skop Production, di bawah arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin dan ramai lagi

Special Force: Anarchy (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Special Force: Anarchy

Mengisahkan Iman (Puteri Aishah) seorang pengawai polis yang bersemangat tinggi di sebuah negara fiksyen, Tenggara.

Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya! 

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat). Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. 

Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (M. Nasir). Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.

Post a Comment

0 Comments