Review Movie | Re/Member (Netflix)

Review Movie | Re/Member (Netflix)

Title : Re/Member
Director : Hasumi Eiichiro
Screenwriter : Doki Harumi
Network : Netflix
Release Date : 14 Oct 2022
Duration : 1 hour 42 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Cast : Hashimoto Kanna, Maeda Gordon, Yamamoto Maika, Kamio Fuju, Daigo Kotaro, Yokota Mayuu, Emoto Tasuku

SYNOPSIS:
Six high schoolers stuck in a murderous time loop must find the scattered remains of an unknown victim to break the curse and finally see another day.

Review Movie | Re/Member (Netflix)

Re/Member mengisahkan enam orang pelajar iaitu Asuka, Takahiro, Rumiko, Shota, Rie dan Atsushi yang terperangkap dalam time loop dan terpaksa mencari kesemua bahagian badan mayat seorang mangsa bunuh jika mahu keluar dalam situasi ini.

Kiranya selagi mereka tak complete game Body Search selagi itu mereka terpaksa melalui hari yang sama, waktu siang mereka akan pergi sekolah macam biasa, game ini akan automatik bermula pada tengah malam dan terhenti apabila mereka semua mati. 

Mereka sendiri tak pasti bagaimana boleh terpilih dalam game ini tapi bila terperangkap memang tak ada jalan keluar. so dari sini, mereka semakin rapat dan menyusun strategi untuk mengelak serangan The Red Person yang memburu mereka seterusnya menyempurna kesemua anggota badan mayat tersebut.

Review Movie | Re/Member (Netflix)

permulaan cerita agak seram juga lagi-lagi scene kena buru dengan Red Person tu, seram betul tengok cara mereka semua dibunuh. bila masuk pertengahan baru relax dan chill sikit sebab suka tengok friendship mereka padahal sebelum ini pun sekelas tapi tak pernah bertegur.

paling kesian dengan Asuka dan Shota jadi outcast dalam kelas, kiranya bila join dalam game ni ada hikmah juga dia dapat berkawan baik dengan Rumiko dan Rie. Atsushi yang awalnya suka menyendiri dan tak nak terlibat dalam rancangan mereka mula berubah fikiran untuk tamatkan game ni.

tapi kan..rasa macam kelakar pula game hantu ni. iyelah dia minta tolong diorang cari badan dia pastu kemain susah nak jumpa setiap bahagian bila jumpa pun kena bunuh juga, APO? tak reti bersyukur punya hantu!

paling susah bila nak mencari bahagian terakhir, waktu tu baru Asuka sedar kalau mereka tak berjaya keluar kemungkinan besar jejak mereka akan hilang dan tiada siapa akan ingat mereka. Adakah mereka semua berjaya keluar dari game ni, yang itu korang kena tengok sendiri.

Review Movie | Re/Member (Netflix)

Filem Re/Member ni tak seram sangat, yang seram bila Red Person tu muncul untuk memburu mangsa dia. yang best bila tengok friendship mereka semua, walaupun rapat sebab join game ni tapi suka tengok bond diorang protect satu sama lain dan bekerjasama menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

Ending dia agak simple macam tak puas hati pula tapi overall nice movie la nak layan time bosan-bosan.

Post a Comment

0 Comments