Review Movie | Mulut Masin (Astro)

Review Movie | Mulut Masin (Astro)

Filem : Mulut Masin
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd
Pengarah : Razaisyam Rashid
Tayangan : 19 November 2020
Durasi : 79 minit
Genre : Seram, Komedi
Pelakon : Jazy Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Maria Farida, FarahDhiya

SINOPSIS:
Lima orang sepupu merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana telah menghilangkan surat wasiat nenek. Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

Review Movie | Mulut Masin (Astro)

Mulut Masin mengisahkan Ajib (Jay Nazif) yang tinggal dengan neneknya selepas kedua ibu-bapanya meninggal dunia. Selepas neneknya meninggal, Ajib rasa sedih melihat ibu dan bapa saudaranya bergaduh kerana berebutkan harta nenek.

Dalam wasiat nenek, jelas dinyatakan yang kotak yang menyimpan wasiat sebenar hanya boleh dibuka selepas sehari. jika ada yang melanggar pantang larang tersebut, nenek siap warning lagi akan bangun dari kubur nanti.

tapi pada malam tersebut, Ajib dan sepupu-sepupunya secara tidak sengaja telah terbuka kotak tersebut dan mereka mendapati wasiat nenek telah hilang. Mereka percaya semua ini sumpahan nenek mereka yang mulut masin. 

Review Movie | Mulut Masin (Astro)

So bermula dari situ Ajib, Azan, Boyot, Roy dan Ayu perlu bekerjasama untuk merungkai teka-teki yg ditinggalkan oleh nenek mereka. mereka perlu mencari wasiat tersebut sebelum perkara ini diketahui ibu bapa mereka.

jalan cerita Mulut Masin agak menarik juga sebab macam main tressure hunt apabila mereka mereka ke sana sini untuk menyelesaikan semua teka-teki tersebut. gigih betul orang yg letak semua klu tu. last pusing balik ke rumah juga.

Review Movie | Mulut Masin (Astro)

benda yg harus diberi kredit untuk filem Mulut Masin adalah penggunan tulisan jawi dan juga pantun secara tak langsung mengangkat nilai seni kemelayuan dalam filem melayu. lakonan semua pelakon kanak-kanak patut diberi pujian sebab  langsung tak nampak kekok dan berjaya bawa watak masing-masing dengan baik. Overall, plot cerita dia agak ringan dan tak seram pun, sesuai untuk tontonan santai dan hiburan keluarga.

Post a Comment

0 Comments